BERSAMA MENDIDIK ANAK?

Posted: June 9, 2009 in GENERAL, PARENTING

Ini bukan kes mendidik anak-anak bersama suami atau isteri tercinta, tetapi mendidik anak-anak bersama tok, nenek, tok cik, tok wan, mak ngah, mak long, pak da, pak cik, mak su, pak jang dan jiran tetangga kepada anak-anak.

Saya tidak pasti tentang saudara, saya ini kadang-kadang cukup rimas dengan 1001 macam pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling di dalam hal membesarkan atau mendidik anak-anak.

Ya saya faham ada di antara mereka sudah terlebih dahulu makan garam, tetapi pandangan dan komen yang bercampur-campur begitu mengelirukan sehinggakan ada yang langsung tidak masuk akal.

Baru-baru ini ada pihak yang menganggu ketika saya menidurkan anak bongsu saya. Biasalah bayi… setiap bayi mempunyai style sendiri untuk tidur. Sebagai contoh anak sulung saya. Ketika masih bayi dahulu, AY gemar meletakkan kepala di atas bahu babahnya ketika mahu tidur.

Anak bongsu saya AS pula style-nya bercampur-campur. Kadang-kadang dia mahu dipeluk, kadang-kadang dia mahu tidur di atas baby bouncer dan ada masanya dia akan tidur sendiri tanpa sebarang bantuan.

Saya bukanlah marah jika ada yang cuba membantu, tetapi apabila pihak berkenaan terus merampas baby bouncer daripada saya dan cuba menidurkan anak saya, dia turut merampas quality time saya bersama anak saya.

Apatah lagi, saya telah memberitahunya berkali-kali bahawa saya sudah biasa dengan keadaan AS yang adakalanya sukar tidur malam dan saya atau suami mampu menidurkannya seperti malam-malam lain. Namun malang sekali, dia tetap ‘berdegil’. Oleh kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, biar saya mengalah sahaja.

Saya tahu ramai yang pernah menghadapinya. Saya sendiri sentiasa mengelak untuk mencampuri cara ibu-ibu lain menguruskan anak-anak mereka kecuali diminta untuk membantu (itu pun belum tentu saya mampu membantu). Ini adalah kerana saya tidak mengenali atau mengetahui style anak-anak mereka.

Seorang ibu atau ayah yang kelihatan seperti mempunyai masalah untuk menguruskan anak-anaknya tidak boleh dilabel sebagai ‘ibu atau ayah yang bermasalah’ kerana pada hakikatnya, hanya si ibu, si ayah atau si penjaga sahaja yang memahami karenah anak-anak mereka.

Untuk itu, pihak-pihak lain yang baru bertemu sekali dua usah masuk campur, kecualilah mereka itu doktor, pakar kesihatan, pakar pemakanan, pakar psikologi atau pengkaji kanak-kanak!

Bukan marah, cuma geram.

Comments
  1. albinanji_10 (asyraf) says:

    takpela kak…kita sangka baik dah la…maybe si dia nak merasa tidurkan anak akak atau jd penyelamat situasi…suka dgn ayat akak…merampas quality time brsama anak…:)…sabar je la kak…

  2. syalinamd says:

    Thank you dik menyuarakan pendapat mewakili kaum bapa! Hehhe.. biasalah dik kami ni orang perempuan sebulan sekali mesti angin tak berapa betul sikit punya hee..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s