APABILA IA ‘DIMEDIAKAN’…

Posted: June 4, 2009 in GENERAL

Sejak akhir-akhir ini ada sahaja kisah masalah rumahtangga yang membabitkan dua orang selebriti. Kisah ini tiba-tiba sahaja ‘meletup’ apabila si isteri mencanangkan ke serata media mengenai masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Melalui e-mel dan SMS, saya juga banyak menerima ‘berita terkini hiburan sensasi’ daripada rakan-rakan yang sentiasa bersedia berkongsi apa jua maklumat mengenai dunia semasa. Hakikatnya, berita mengenai dua orang selebriti ini akan terus diperkatakan sehinggalah media sendiri berhenti memperkatakannya.

Payah juga apabila ada yang bertanya, “you berpihak kepada siapa?” Hmm… Bukan tak mahu berpihak kepada siapa, cuma tak tahu. Bila bercakap soal masalah rumahtangga ini amat payah untuk kita tafsir. Mungkin sesuatu masalah itu nampak besar kepada kita, tetapi kepada pasangan lain ia tidaklah sebesar mana. Mungkin juga masalah yang mudah diselesaikan oleh pasangan A boleh membawa penceraian kepada pasangan B.

Saya tidak berani untuk berpihak kepada sesiapa, apatah lagi saya tidak tahu kisah sebenar yang berlaku di sebaliknya. Suami juga telah berpesan, jangan forward gambar-gambar dan maklumat yang diterima. Jangan membuka aib orang lain. Malah, ayah saya juga sentiasa berpesan perkara yang sama ketika membesarkan saya dahulu. Saya mengakui kebenarannya kerana Islam juga mengajarkan yang demikian.

Payah untuk saya bercakap bagi pihak orang lain. Cuma sekiranya boleh, apa jua berita yang diterima itu simpanlah untuk bacaan diri sendiri sahaja kerana dibimbangi apa yang disampaikan itu menjadi fitnah yang lebih besar, apatah lagi kita tidak tahu kisah hujung pangkalnya.

Bagi kita yang telah berkeluarga, saya yakin kita semua faham mengenai bahtera rumahtangga yang adakalanya bergelora. Segala masalah boleh diselesaikan, cuma sama ada ia diselesaikan dengan baik atau tidak, itulah yang membezakan cara setiap pasangan menyelesaikan masalah. Apa pun tindakannya, ingatlah bahawa kita cukup bertuah kerana dididik oleh satu-satunya agama kebenaran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s