Archive for April 30, 2009

BULAN “SIBUK”

Posted: April 30, 2009 in GENERAL

Bulan Mei adalah bulan yang cukup sibuk :

(1) Menguruskan penghijrahan ke Pulau Pinang.

(2) Menguruskan penyerahan tadika kepada pihak pengurusan baru sebelum ke Pulau Pinang.

(3) Menyiapkan novel terbaru yang baru sahaja memasuki Bab ke-3 (ada 5 bab lagi perlu disiapkan).

(4) Edit buku “English Bagus!”, juga untuk diterbitkan (hampir siap).

(5) Menganjurkan bengkel “Asuh Fitrah” di Kuantan, Pahang (insya-Allah 9 Mei 2009).

(6) Membawa anak-anak tadika dan anak sendiri ke Kem Angkatan Tentera Malaysia Batu 10, Kuantan (Alhamdulillah selesai dengan jayanya pada 29 April 2009).

(7) Menyiapkan lagu tadika (lirik dah siap, melodi masih di atas angin).

Dan yang paling membosankan sekali ialah…….

MENGEMAS (PACK) BARANG-BARANG UNTUK KE PENANG!!

Pun begitu insya-Allah dengan bantuan suami dan mak pasti boleh!

TARGET :

(1) Sekurang-kurangnya dapat siapkan 3 lagi bab novel sebelum ke Pulau Pinang (2 bab lagi jika tak sempat akan disiapkan di Penang).

(2) Mesti siapkan editing “English Bagus!” selewat-lewatnya awal Jun 2009.

(3) Mesti mula menganjurkan kembali Bengkel English Bagus! selewat-lewatnya awal Julai 2009 (terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana modulnya sedang dikemaskini).

(4) Buka tadika di Pulau PinangĀ (kemasukan tahun 2010).

AMEEEEEEN!!