WAJIB TEGAS & CEREWET

Posted: April 8, 2009 in EDUCATION, GENERAL, PARENTING

Oh no nooo… bukan tegas dan cerewet dengan suami (walaupun ada masanya terbabas juga ketegasan dan kecerewetan tu hehhe… ampun bang!) tetapi tegas dan cerewet di dalam mendidik anak-anak.

Ketegasan yang dimaksudkan di sini bukanlah ketegasan yang melampau sehinggakan anak-anak nak buat apa pun tak boleh. Cuma, ada beberapa perkara yang memerlukan ketegasan. Di antara ketegasan yang melibatkan anak-anak kami :

(a) Menggunakan car seat.

Tambahan lagi sekarang penumpang di belakang kereta wajib menggunakan seatbelts. Pun begitu selalu orang lain bertanya, “Eh kan anak dah besar,” atau “Dah besar pun kena ikat lagi?” Yes… jika tidak menggunakan car seat maka perlu memakai seatbelts dan begitulah sebaliknya. Memandangkan Adam Yusuf suka membuka seatbelts maka lebih selamat untuk dia duduk di atas car seat sahaja.

Memandangkan kami sudah mula membiasakan Adam Yusuf duduk di atas car seat sejak kecil lagi maka sekarang tiada masalah baginya untuk menggunakan car seat setiap kali menaiki kenderaan. Pun begitu adakalanya bercakaran juga kami anak beranak kerana Adam Yusuf mahu menggunakan seatbelts. Jadi, sekiranya destinasi berdekatan maka Adam Yusuf dibenarkan memakai seatbelts sahaja dengan syarat dia duduk di sebelah pemandu (selalunya jika ronda-ronda di kawasan perumahan kami atau waktu menghantarnya ke sekolah). Bagi kami, car seat adalah wajib.

Itu pun adakalanya Adam Yusuf berkeras tidak mahu menggunakan car seat atau seatbelts. Kadang-kadang terpaksa akur atau kami terpaksa memujuknya dengan menggunakan alasan – “Siapa nak tengok traffic lights!” (Adam Yusuf ‘hantu’ traffic lights).

(b) Memilih sekolah yang baik untuk anak-anak.

Jika diikutkan hati, teringin benar untuk mendaftarkan Adam Yusuf ke sekolah/tadika yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pun begitu kami sedar, pendidikan akademik bukanlah segala-galanya. Jika dihantar ke tadika cina nanti bimbang pula dibebani kerja sekolah yang banyak.

Kebanyakan tadika cina (bukan semua) mengutamakan akademik semata-mata. Inilah di antara penyebab mengapa ramai kanak-kanak yang tidak biasa dengan sistem pembelajaran tadika cina nampak stressful muka mereka dan ada yang merungut tentang kerja sekolah yang banyak.  Ini bukan cerita rekaan. Saya tahu kerana beberapa orang kanak-kanak yang saya kenal terpaksa melalui semua ini atas kehendak ibu bapa mereka (tidak diberi pilihan untuk memilih).

Nak didaftarkan ke tadika Inggeris seperti international kindergarten lagilah! Deposit tadika sahaja boleh dibuat down payment kereta. Memanglah jika ke sana 100% Bahasa Inggeris akan digunakan tetapi semacam tak bebaloi pula, lagipun ia di luar kemampuan kami.

Penting : Seperkara lagi mengenai tadika bukan Islam ini ialah, masalah pemakanan. Inilah suatu perkara yang ibu bapa selalu terlepas pandang. Walaupun sekolah terbabit mengatakan bahawa mereka hanya menjamu makanan halal sahaja, bagaimana pula dengan kawan-kawan Adam Yusuf nanti? Tak tahulah makanan apa yang mereka bawa. Tahulah kanak-kanak… pasti akan berkongsi makanan sesama mereka. Bahaya lagi membahayakan! Dibuatnya membawa kek mengandungi alkohol atau daging-daging haram dan sebagainya? Tidakkah haru!

Untuk itu, kami mengambil keputusan biar Adam Yusuf & kelak Ain Sakinah dll pergi ke sekolah Melayu sahaja… Kecualilah nanti apabila mereka sendiri tahu halal & haram dalam Islam maka mungkin kami akan pertimbangkan. Apa-apa sahaja asalkan mereka happy, sentiasa tersenyum dan teruja untuk ke sekolah setiap hari (seperti sekarang)!

(c) Yang bersalah pasti dihukum.

Alahai, hukumannya tidaklah seberat mana walaupun tidak dinafikan saya ini kadang-kadang merotan juga tetapi insya-Allah untuk tujuan mendidik seperti yang dinasihatkan oleh suami. Kasihan juga, tetapi saya mengambil keputusan untuk mendidik anak menggunakan kaedah lama iaitu ‘rotan’ manakala suami saya pula sebaliknya (tetapi tetap tegas).

So far so good. Pun begitu saya pasti jiran-jiran ada mendengar saya bercakaran dengan Adam Yusuf sekali sekala hehhe… tetapi saya suka melihat reaksi ‘gerun’ Adam Yusuf (ye ke gerun?)… adorable. Itu yang buat saya nak marah Adam Yusuf selalu untuk melihat reaksi spontannya yang cute itu.

Kami tidak pernah menangkan Ain Sakinah hanya kerana dia adik dan Adam Yusuf abang. Sebagai contoh, walaupun masih bayi, jika Ain Sakinah menarik rambut abangnya kami akan menegur Ain Sakinah walaupun dia belum boleh memahami sebarang bahasa pun. Ada kalanya jika Adam Yusuf cuba membuat lawak di hadapan Ain Sakinah & Ain Sakinah merenung abangnya itu dengan mesej, “Aisey bosannya lawak abang aku ni,” kami akan menggeletek Ain Sakinah agar dia ketawa dengan harapan abangnya tidak berkecil hati.

Yes, kami lakukan apa sahaja yang sesuai untuk tidak membezakan mereka berdua. Alhamdulillah dengan cara begini, Adam Yusuf yang baru berusia 3 tahun lebih begitu menyayangi Ain Sakinah kerana kami akan sedaya upaya menutup ruang untuk Adam Yusuf berasa cemburu dan sebagainya.

* Pun begitu parents yang menghantar anak ke tadika saya tidak perlu bimbang kerana kami tidak merotan pelajar mahu pun mengugut mereka dan sebagainya. Kami juga tidak melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan mereka.

Mudah-mudahan cara & ketegasan kami ini tidak melampaui batas hendaknya… Dan mudah-mudahan zuriat kami dapat membesar sebagai insan-insan yang soleh dan solehah… Semoga Allah permudahkan dan meredhai segala usaha kami kerana sesungguhnya hanya Allah mengetahui apa yang ada di hadapan…

 

Comments
  1. albinanji_10 (asyraf) says:

    hehehe…bab ni tak masuk campur…hehehe…tapi betul la…kdg2 perkara remeh ni kita tak pandang…tak amik serius…kalo dah jadi pape baru kita nak nyesal…tahniah kak kerana bukan saja jadi ibu yg baik…tapi juga isteri dan sahabat yg baik…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s