RAKAN-RAKAN DALAM KENANGAN…

Posted: April 3, 2009 in FAMILY & FRIENDS

Hari ini entah mengapa terkenang-kenang zaman sewaktu mula-mula menggunakan internet.  Jika tak silap, internet dipasang di rumah saya di dalam tahun 1998. Bermula dari day one sehinggalah sekarang, internet menjadi suatu keperluan dan kemestian buat saya. Maksudnya kalau komputer rosak ke, atau talian internet disekat ke memang alamat sesak nafaslah!

Tak dinafikan ketika mula belajar menggunakan internet dulu, saya hanya suka berchatting. Pada waktu tu, amboi.net was a hit. Sempatlah berkenalan dan berkawan dengan chatters lain sehinggakan ada yang masih kekal sebagai kawan pada hari ini. Yang rapat seperti keluarga pun ada!

Amboi.Net Yang ‘Happening’

Di amboi.net dulu ada satu geng yang menggelarkan diri mereka GGB atau Geng Giler Brutal or something like that. Saya tak join group tu tapi saya sempat mengenali beberapa orang members geng tu seperti joy virago, kak rohaida, speed & ramai lagi. Eh, taklah! Geng tu nama shj brutal, tapi baik… yang menjadi ahli pun sopan-sopan, ada yang bertudung dan sebagainya. Cuma nama shj yang brutal. Malangnya sekarang dah terputus hubungan terus.

Melalui amboi.net juga saya bertemu rakan-rakan yang boleh dikatakan kamceng habislah waktu itu, contohnya mad celica, conanx, murnie, ila, alin, acerx dan lynaJB. Kami memang macam family yang rapat. Alhamdulillah, sekarang walaupun tidak semeriah dulu masih tidak terputus hubungan.

Mula Ketagihan IRC

Kemudian sampai waktunya di mana DSAI dipecat (sorry terpaksa ungkit hal ini, jika tidak tak menjadilah kisah ‘once upon a time’ yang sedang saya tulis ni). BOOM! Tiba-tiba peristiwa ini menjadi bualan dan bahan perdebatan paling hangat.

Di mana-mana sahaja di serata internet manusia berlumba-lumba berdebat mengenai DSAI dan Che Det. Ketika ini juga MiRC sudah mula digunakan secara meluas di Malaysia. Kebetulan pula saya pun pada waktu ini sudah mula menggunakan MiRC. Maklumlah suka berchatting!

Di IRC ini, ketika masing-masing sedang hangat berdebat mengenai arus politik semasa, saya secara tidak langsung menjadi chatter tetap di channel #Barisankita yang dimulakan oleh Geronemo (jika tak salah). Selain Geronemo, saya juga berkawan rapat dengan azizan, kak mas dan sebenarnya ramai lagi yang saya tak dapat nak recall nama mereka buat sementara waktu ini. Maka…. berdebatlah saya untuk membela………. *toooooot* undi itu rahsia!

Forum CARI : Lain Dari Yang Lain

Selepas #Barisankita di IRC, iaitu selepas reda sedikit segala apa yang berlaku pada arus politik negara, saya berkampung pula di forum CARI. Saya menemui forum ini secara kebetulan ketika membuat carian di search engine mengenai kes Datuk Azhar Mansur (rasanya ramai yang tahu dan faham kes mana yang saya maksudkan). Selepas mula menulis beberapa postings di forum tersebut, saya jadi ketagih pula. Maka, forum CARI terus menjadi forum wajib buat saya.

Di forum CARI, saya hanya menyertai forum ‘agama’ sahaja. Pada waktu ini, hanya terdapat satu forum agama sahaja bukan seperti sekarang di mana terdapat forum bagi setiap agama di Malaysia, contohnya Islam, Kristian, Hindu dan Buddha. Dahulu, semua penganut dari semua agama terpaksa berkumpul di dalam satu forum. Dwi bahasa digunakan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (mainly BI kerana ramai yang bukan berbangsa Melayu di sana).

Inilah yang menjadikan forum ini unik. Pun begitu sungguh pun unik, keadaan agak kelam kabut juga sehingga di suatu ketika tercetus kontroversi sekejap. Saya rasa, jika pada hari ini anda membaca posting-posting yang ditulis di sana dahulu, mungkin ada di antara anda yang pengsan kot!

Di forum CARI, saya sempat berforum dengan SFE, salman, ibnur, antique, amorist, MENJ, baiduri dan ramai lagi! Memang seronok dan ‘menggilakan’. Pastinya topik kami adalah topik perbandingan agama. Kadang-kadang berlaku pertelingkahan dan percakaran. Iyalah, masing-masing nak mempertahankan agama masing-masing.

Mungkin itu salah satu sebab mengapa ia menjadi kontroversi. Saya tidak pernah bertemu mereka secara ‘live’ kecuali MENJ yang saya temui buat kali pertama ketika berkerja di Saba Islamic Media. Kebetulan pula MENJ menyertai Saba beberapa bulan sebelum saya resigned (kerana akan berkahwin dan berhijrah ke Penang).

Kemudian, lama kelamaan naik mual juga kerana bahasa keterlaluan yang digunakan di forum. Ada yang mencaci sesama sendiri, ada yang maki hamun, bertengkar dan sebagainya. Maklumlah di forum masing-masing menggunakan nama samaran, jadi ada yang mengambil kesempatan. Saya berundur perlahan-lahan.

Kembali Menggunakan IRC

Selepas itu saya kembali menggunakan IRC. Pada waktu ini dunia politik kembali tenang. Oleh kerana saya masih bersemangat untuk meneruskan minat di dalam perbandingan agama, saya mula menyertai channels keagamaan yang dibuka oleh chatters dari luar negara. Saya menyertai beberapa channels Islam, Kristian dan Atheist (tidak beragama).

Saya sempat mengenali beberapa orang chatters Kristian dan Atheist dari luar negara mahu pun Malaysia sendiri. Dan saya tidak akan melupakan Randy, seorang Kristian Sabahan yang pada ketika itu sedang menuntut di German. Kami banyak berbincang dan bertukar info mengenai Islam dan Kristian.

Saya juga sempat menghantar video-video dan buku Allahyarham Ahmed Deedat & Dr. Zakir Naik kepadanya. Kami boleh dikatakan sekepala juga walaupun tak henti-henti bertekak mengenai kehebatan agama masing-masing.

Melalui channels antarabangsa ini juga saya mengambil peluang untuk memantapkan Bahasa Inggeris saya. Ada ketikanya saya meminta mereka menyemak artikel, puisi dan lirik Inggeris yang saya tulis. Very helpful!

Pada suatu ketika saya menyambung pelajaran di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak Montessori di London Montessori Centre (namanya sahaja ‘London’ tetapi kolejnya di Petaling Jaya). Maka, semakin jaranglah saya menggunakan internet kerana sibuk belajar dan menyiapkan assignments. Semakin hari semakin jarang benar. Sejak itu saya terputus hubungan dengan rakan-rakan di IRC termasuklah Randy, Miranda dan lain-lain.

There’s Something About Forum Hijjaz

Suatu hari, saya membeli album Hijjaz berjudul Pelita Hidup 2. Ketika membeli tu saya bukanlah seorang peminat Hijjaz. Saya adalah peminat nasyid. Big fan. Jadi, saya membeli album tersebut. Itu adalah album Hijjaz pertama yang pernah saya beli seumur hidup saya.

Nasyid pada waktu itu pun bukan seperti nasyid sekarang. Nasyid dulu masih okay, masih terpelihara keasliannya. Sekarang, nasyid sudah hilang seni dan seri kerana masing-masing berlumba untuk membawa perubahan kepada irama nasyid kononnya. Kini mendengar nasyid moden sekadar untuk hiburan bolehlah. Namun bukan semuanya begitu. Maaf, sekadar selingan.

Ketika Munif Ahmad menyanyikan baris pertama dari track pertama di dalam album tersebut, hati saya terus berdetik – “Wow!” Bukanlah kerana suara Munif…. Jangan salah faham, suara Munif memang mantap cuma apa yang membuatkan saya kagum ialah melodi, lirik dan susunan lagu tersebut. Memang mantap.

Terus shj saya membuka komputer untuk melayari laman web Hijjaz. Saya tak berapa ingat dari mana saya mendapat maklumat mengenai laman web tersebut, sama ada dari album Pelita Hidup 2 atau search engine.

Rupa-rupanya mereka juga mempunyai forum sendiri. Kelihatan forumnya seperti sebuah forum yang aktif juga. Maka saya pun cuba meninggalkan mesej. Mesej saya dijawab, tetapi saya tak ingat siapa yang menjawab.

Bermula hanya dengan satu mesej, bertambah menjadi beberapa mesej dan seterusnya sehinggalah di dalam masa yang singkat saya menjadi pengunjung tetap di sana. Melalui forum Hijjaz ini iaitu sejak saya mula-mula menyertai forum Hijjaz pada penghujung tahun 2001 sehinggalah sekarang, saya dapat mengenali ramai sahabat baru, di antaranya puteriku sayang (Siti PKS), angahfaezah, achik afzan, atie, lakaran sahrawi, s_wani, ibu zarah & family, ibu misali, tulipz, amalina, ejja, kak selamba dan raaaamai lagi. Jika nak disebutkan nama satu persatu alamat penuhlah skrin komputer ini. Walaupun nama tidak dapat disebut, anda semua tetap di hati.

Pun begitu saya perlu sebut juga nama kak ikin atau ana muslimah, kak zzzz dan pastinya sahabat-sahabat dari Singapore iaitu kak rose & family, abg z, salimah, mas & iva. Tidak lupa juga kumpulan Hijjaz sendiri yang sering memeriahkan forum pada waktu itu terutamanya Faizal Osman yang menggunakan nickname abai os. Abang Isman & Munif juga ada menyertai forum sekali sekala.

Pada waktu itu mereka masih bertiga. Pada waktu itu mereka tidak sesibuk sekarang. Lama selepas itu barulah Ariffin atau Ipin menyertai Hijjaz. Oleh kerana pada waktu itu ahli forumnya tidak begitu ramai, maka semua ahli mudah mesra dan cepat menjadi rapat di antara satu sama lain.

Peristiwa Hitam Yang Mengejutkan

Kemudian, berlaku suatu ‘peristiwa hitam’ yang tak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Tidak perlulah saya menceritakannya di sini atau mengungkit kisah lama. Yang pasti sungguh pun saya tidak dapat melupakan peristiwa itu, saya tidak menyimpan perasaan marah atau dendam (cuma kecewa adalah kot). Cuma biasalah, peristiwa ‘hari ini dalam sejarah’ wajib dikenang!

Wahhh macam kontroversi sangat ya peristiwa ni? Peristiwa apa ya? Hanya ahli-ahli lama forum Hijjaz sahaja yang mengetahui dan hanya ahli-ahli yang benar-benar rapat dengan saya sahaja yang mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

Sweetest Moments

Melalui forum Hijjaz juga (kini lebih dikenali sebagai Sahabathijjaz) saya mengenali m_ashraff dan mujahidislah.Mengapa mereka ini penting untuk diceritakan di dalam filim saya ini? Kerana merekalah saya secara tidak langsung bertemu suami saya (dengan izin Allah, of course!).

Selain itu, saya juga diberi jalan oleh Allah untuk mengenali suami saya selepas berlakunya ‘peristiwa hitam’ yang disebutkan di atas. Kerana itulah walaupun kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku, saya seharusnya bersyukur kerana hikmah yang wujud disebaliknya.

Kembalinya ke Rahmatullah….

Tahun lepas (2008) kami menerima berita sedih. Siti PKS atau puteriku sayang yang merupakan kakak kepada Safwan bekas penyanyi solo kumpulan Ae-man dan Apen bekas ahli kumpulan UNIC telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut. Kami semua tergamam. Ramai yang tidak mahu mempercayainya ketika menerima berita tersebut termasuklah diri saya sendiri. Pun begitu hakikat terpaksa diterima. Al-Fatihah buat Siti Hasriyah….

Internet Masih Numero Uno

Kini setelah mempunyai dua orang anak dan begitu sibuk dengan kerja dan lain-lain, saya sudah jarang berforum di mana-mana. Saya tidak lagi ketagihan untuk berforum. Pun begitu, saya masih berforum sekali sekala di beberapa forum yang berlainan jika topiknya menarik atau boleh saya jadikan medium perkongsian ilmu.

Kini bagi saya, internet bukan lagi untuk berchatting dan berforum semata-mata. Internet adalah gerbang ilmu yang cukup luas dan amat berharga buat saya. Tidak dapat saya gambarkan betapa besarnya jasa internet kepada saya.

Mudah-mudahan adik-adik atau sesiapa sahaja di luar sana dapat melihat perkara yang sama dan menyedari bahawa internet adalah teknologi yang cukup penting dan mampu menyumbang ilmu yang begitu banyak sekali, bukan hiburan semata-mata.

Mungkinkah berlaku Reunion?

Blog ini menerima pengunjung yang ramai juga, kebanyakannya dikunjungi oleh surfers yang tidak dikenali yang mana mereka menemui blog ini selepas membuat carian di search engine dengan menaip keywords tertentu. Carian paling tinggi ialah mengenai pendidikan dan resepi. Alhamdulillah, mudahan artikel-artikel saya dapat membantu.

Dan oleh kerana blog ini dikunjungi oleh ramai pengunjung, mungkin ada individu-individu yang namanya saya sebutkan di atas mengunjungi blog ini dengan tidak sengaja. Jika ada dan kita telah terputus hubungan sebelum ini, mungkin ukhuwah dapat disambung semula. Atau mungkin anda mengenali mereka? Mungkin anda boleh membantu menyampaikan tribute saya ini kepada mereka. Untuk itu, jangan segan-segan untuk menghantar e-mel kepada saya di sy_amd2001@yahoo.com ya!

Sekian, Wassalam.

Comments
  1. Kak Rose says:

    Assalamu’alaikum…thanks tuna for this beautiful tribute!!! Those were fond memories. Kenangan manis, terlalu manis. Memang benar kata tuna, banyak perkara yang kita lalui sepanjang tempuh kita berukhuwah. Segala pahit, manis, suka dan duka kita rasakan bersama. Kak Rose amat bersyukur pada Allah swt. dipertemukan teman-teman seperti kalian semua, dan amat bersyukur lagi, kita masih lagi bersama. Saat-saat pahit manis yang kita lalui bersama, tidak mungkin dapat Kak Rose lupakan. These feelings will forever stay deep down inside my heart. It is sooo deep that no one can ever take it away from me. Thanks alot for everything tuna, and thanks for being my Friend!!!

  2. drzeze says:

    Cak!
    Hah! Kak Rose pun ada jengok di sini.
    Salam rindu semua.Ya Tuna kenangan manis itu tersemat sampai bila-bila.Walaupun kita tak bersua sekerap dulu tapi kalian tetap di hati.
    Rajin-rajin singgah umah akak ya dan pada yang masih ingat pada akak jom ke sana.

    dari Kak zzzz.

  3. noora/kak ikin/ana muslimah says:

    Salam sayang buat semuanya…. samada geng reunion ataupun yg baru2 mengenaliku….

    Alahaiiii windunyaaa ngan kalian semua. Suka duka kita bersama tak pernah luput dari ingatan…. thanx tuna kerana mengingatkan kami bahawa sejauh mana pun seluang melaut, pasti kasih ukhuwwahfillah kita tetap akan mengikat kita.

    Kak Rose, bila kita nak pi umah kak zzzz lagi?

    Forum Hijjaz tetap dihati, disitu bermula, disitu juga tetap bersama…. buat masa ini, i tetap menanti rombongan kalian memeriahkan KSH yang baru…. user friendly punya…. MOH KITA!

    Forget me not ye. Luv u all always….

  4. assalamualaikum warahmatullah.
    aku bsyukur kepada Allah SWT sebab aku dkurniakan seorang sahabat mcm syalina nih yg sampai skrg dah 12 thn x pernah tputus hubungan. nak kata adek beradk, lain mak bapak tapi mungkin gitu la kut kalau kita ikhlas dalam bsahabat ekk sis! aku bangga dgn ko. dulu penat aku nak jawab semua ptanyaan ko pasal internet nih tapi skrg bukan main lagi. aku pulak yg nganga tgk kemajuan ko. kekadang aku rindu dgn amboi.net ko tau tak. honestly aku ckp, aku rasa sejak amboi.net tutup kedai ada dlm 2 atau 3 kali selang 2 thn gitu aku try2 taip url dia dgn harapan ada la balek tapi x jgk ada. tpaksa la akur amboi.net dah bkubur buat selamanya. apapun aku bsyukur sbb sblm amboi tutup kedai, aku dpt bjumpa dgn korang. kat mana tuh sis yg kita dgn murnie, ila, alin & acerx tuh? subang ekk..
    ntah apa kabar dorang skrg. sume dah bfamili kut. yg aku tau ko ngan alin jak yg sdh bfamili tp korang kalah sbb aku dah nak masuk 5 org cahayamata yg cute2!!! k la..ko teruskan usaha murni ko. aku doakan ko sefamili dpanjangkn umur,dmurahkan rezeki & dpermudahkn segala urusan…amin.

  5. mad_celica (4A-GE) says:

    cupppp!!!
    sis, aku skrg dah terer goreng ayam! dah x angussss mcm dulu. ko gelak!!! kulit aku nih yg aku rase mcm makin angus sbb suka main laut..heheh. chowww!!!

  6. mad_celica (4A-GE) says:

    sis, check out this site :

    http://www.geocities.com/area51/5184/

  7. syalinamd says:

    KAK ROSE, KAK Z & KAK IKIN…. thanks so much kakak2 ku! Budi & jasa mu tak mungkin tuna lupa, gitu juga ukhuwah yang sedia terjalin mudahan berkekalan hingga akhir hayat, biar sampai kita bercucu cicit pun akan kita teruskan juga yak! Urmm… mana tau kot2 kami hijrah balik ke Utara ka… senanglah kita semua berkumpul kan kan kan!

  8. syalinamd says:

    CIKGU MAD – Hehhehe… ha’ah baru aku tingat nickname ko dlu “4A-GE”! Apo la aku nih, camana bleh lupa! Tapi aku takkan lupa insiden ko goreng ayam time sahur kot klu tak salah… hehhe mcm2 hal… apa pun betul ko cakap, ko mendahului kami semua, ko dah 5, kami bru sorang dua, macam tak terkejar jek ahaks! Ko tunggu jek lah, kami tengah kumpul duit seposen sehari nak buat tambang air asia ke tawau! Ko take care bro & TQ for being a good friend! Sampaikan salam pada famili k! *Website tu link dia macam salah jak*

  9. ibuzarah says:

    Sakam, bergenang airmata bila terkenangkan kisah dulu-dulu. ibu mula berchatting sebab nak check anak-anak ibu ejat ngan fatin berkawan ngan sapa, tapi akhirnya ibu yang kantoi dengan internet sebab jumpa orang cam tuna ( sampai saat ini masih berhubung – caya lah tuna dah jadi penceramah sekarang…., ana muslimah ( akak rindu ko dek), kak rose yang comel ( sempat jumpa masa kat Spore ) Kang ( mane dia???) abai ( yang suka menyakat anak-anak ibu ) dan semua yang lain. Walaupun tangan tak dapat menggapai kalian kerna dek kekangan masa nak mengadap komputer tapi kalian totap dihati den kerana ukhwah itu indah kerana Allah. Kalian sentiasa didalam doa ibu… Untuk tuna, thanks kerana mengamit kenangan terindah zaman dulu-dulu ye..

    • noora says:

      alaaa akakku cayang. adik ni pun rindu banget sama akak…. sudilah kiranya bertandang ke teratak buruk adik yee…. bilalah dpt jumpa lagi ye….

      cayang akak sorang neh….

  10. ibuzarah says:

    maaf salah taip SALAM ye… mato den dah ngabun gak ek

  11. syalinamd says:

    Ibu zarah ku sayang… itulah, there’s something about forum hijjaz! Ibu, alhamdulillah dipertemukan dengan insan2 seperti ibu kak rose, kak z & kak ikin yang sentiasa bersedia membantu dalam apa jua hal & pandangan… nak menjadi penceramah hebat macam ibu pasti tuna perlu berusaha keras & belajar banyak lagi… mohon tunjuk ajar kay!

  12. Masreena says:

    Salam sis!!!

    a million thanx 2u 4 mentioning our names in yr article.terharu ssgt…

    walaupon x dpt berjumpe dn bebual selalu ttp kenangan indah slalu trsemat d sanubari.

    ur alwayz in my heart n soul
    ~still remember our 1st pertemuan w arwah PKS~

    Such a memorable n sweet memories w sahabathijjaz,k.rose,PKS,atie n U back den

    Sweet memories will never fade@>–

  13. Masreena says:

    Alfu Syukran 4 dis beautiful Ukhuwah…

    THANK YOU SIS!!! LOVE U! MISS U!

    mmmMMMMUAAAHHh!

  14. ConanX says:

    yep yep… eheemmm… Salamolekom!

    hari yang korang sms tu, aku dah nak mai KL, nak tengok F1. so, aku tak sempat nak mengomen kat cini.

    nih baru sampai laa nih… belum salin baju, dah bukak tenet… hehehe…

    terharu pulak aku bila baca ko tu Zayna… aku nak nangis tapi aku tengah ngantuk giler nih… aku nak tido dulu… ahakkss…!

    semoga kita, dan keluarga kawan-kawan sumer dilindungi Allah SWT dan semoga berjaya dalam semua aspek kehidupan… :)

  15. syalinamd says:

    MAS – Mas! Adikku mas, terima kasih sebab sudi menjenguk ke sini… dulu kak tuna ada multiply akaun senang nak tau perkembangan mas tapi skrg kak tuna dah stop multiply (tgh nak try myspace pulak hehhe)… apa TQ so much dik for ur friendship, gitu jugak dengan iva… kirim salam pada family kay!

    CONANX – Ewahh sejak bila minat F1 plak nih. Antara geng Amboi, ko lah salah sorang yang aku belum pernah jumpa walaupun bukanlah jauh benar kau & cikgu mad tu… tapi takpe, macam aku gitau cikgu gak, aku tgh kumpul seposen sehari nak buat tambah ke sana. Tunggu!

  16. ConanX says:

    Salamolekom

    hehehe skrang dah ader Air Asia, boleh laa jenjalan skali skala… tu pun cam ko cakap jugak Zayna kumpul sposen-sposen… booking hari nih, jalan tahun depan! ahakss! :p atau pun tunggu nak pegi kursus jer…

    selain AcerX, yang lain, memang aku tak pernah jumpa. harap2 kalau aku pegi lagi dalam masa terdekat nih, insyaallah aku jumpa sesaper kot.

    p.s. cikgu mad tu dah tipu aku, cakap nak pegi F1 jugak… nanti dia…

    aku dah hantar resepi… try ler…

  17. esoneniey says:

    Salam Kak 2na..

    Haaaa.. Kak… Terharuuuu. Ingat Lagi Wani Kenal Akak Time Tingkatan 3. Kecik Agiikkk Time Tuhhh.. Kan3. The Best Experience Time Open House Kat Umah Akak… Seriousssslyyyy Sanggup Gi Umahhh Akak Naik Teksii Dengan Adik n Wana. Hehe… Cam Takkk Caya Jekkk. Time Tuhhh Besttt Sangat. Dikelilingi Veteran2 Forum Sahabathijjaz… Banyak Mende Nak Cakap Nie….. Tak Tertaip Jari Nie Kak.

    Kenangan Manis Dalam Hidup Wani Semuanya Bermula Daripada KSH. Seriousssllyyyy… =)

    Muahhh3. Thanks Kak Tuna Coz Sudi Jadi Akak Yang Terbaik Tuk Wani… (anak sulung nie, takde akak, hehe)

    TC.

  18. mad_celica (4A-GE) says:

    salam.
    amboi!!!!!!!! bukan main ko ekk conanX. ngumpat kau yaaa!!!! kami mmg mau pigi ba tu tapi yg suwey tuh tiket jet kena beli sdiri. mana aci. thn lepas skolah sponsor. kalu x bedarah idungmu tengok kami dgrand stand!! tapi nasib baik aku x pigi kalau ndak tbakar grand stand sepang circuit tuh! mangkuk hayun punya kimi lala dgn felepek tuh! aku mau penampar jak kalau aku jumpa dorang tuh! memalukan ferrari jak! nasib baik aku sdh jd cekgu. kalau x aku ganti dorang tuh. apa sangat la team2 lain tuh. aku pakai celica mustang aku tuh jak lawan dorang. itupun kalau dorang bole lepas….muahahahaha.

  19. albinanji_10 (asyraf) says:

    salam kak,terharu akak igt lagi detik pertemuan kita…di KSH lah bermula sgalanya…kenangan terindah tak mgkin dpt kulupa…buat kak rose,kak z dan kakakku yg comel…kak ikin…jasa kalian terlalu manis utk dikikis…lastly…tq kak tuna kerana jg abe yus bebaik…terpancar kebahagiaanya anda berdua…nanti balik kedah jgn lupa singgah p.buntaq…:)…luv u sis

    • noora says:

      salam asyraf….

      huwaaaa bilakah dpt kita ketemu spt dulu2 ek…. psst akk comey ke? mandai jek asyraf neh tau!

  20. syalinamd says:

    CONANX & CIKGU – Wadduh bah, sarankan je kerajaan bikin litar baru di antara tanah melayu dan tanah borneo hehhe..

    WANI – Betul tu wani, pejam jelik pejam celik dah besar dah wani ni, waktu baru jumpa dulu masih student lagi… skrg dah masuk U, lepas ni berfamily pulak hehhe… semoga ukhuwah berkekalan.

    ASYRAF – Kak tuna lupa nickname asyraf, ha’ah baru tingat semula “albnanji” hehhe… so sorry, itulah nama banyak sgt. Dik, jangan kata balik Kedah, tak lama lagi kami nak berhijrah ke Penang ni tetiap minggu pun bleh jumpa klu mau. Kirim salam family.

  21. Salam Kak Tuna,

    Lama nye tak jumpa Kak Tuna. Rindu sangat-sangat kat Sahabathijjaz dulu-dulu. Huhuhuhu.
    Eh, Kak Tuna ingat kite lagi tak? Hehehehe.

  22. syalinamd says:

    Mesti ingat punya! Mu yang famous dengan dialog – “Tangga/titian silaturrahim” tu kan? Hehhe… ingat tak? Apa pun kak tuna ingat, adik yang pandai menjahit & ada tokoh isteri solehah… :) Take care!

  23. kak selamba says:

    tuna! ingat akak lg tak?biarpun tanggungjawab dah bertambah,ukhwah kita tetap subur..moga hepi selalu..salam sayang

  24. syalinamd says:

    INGAT!! Kakak paling selamba yang famous dengan ungkapan “salam sayang…” Thank you so much & ukhuwah kita pasti berkekalan! (Selagi kita berdua tak tukar phone number hehhe… bila nak jumpa, beb?)

  25. kak selamba says:

    Hmmmmm..InsyaAllah sampai saat dan ketika, pasti kita bersua akhirnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s