PROMOSI BUKU DI UMP

Posted: March 2, 2009 in WRITINGS

Alhamdulillah dengan kerjasama adik-adik dari Student In Free Enterprise atau SIFE (pelajar UMP), jualan hari pertama (28/2/09) amat baik. Kebetulan hanya kami yang menjual buku. Di sebelah pagi kurang pengunjung, pun begitu selepas perasmian mereka mula mengerumuni gerai.

Hari kedua (1/3/09) saya terlewat, al-maklumlah nak menyiapkan askar-askar kecil yang dua orang tu untuk turut serta. Jam 1:00 pm karnival agak lengang, mungkin kerana masing-masing ke masjid untuk bersolat. Di sebelah petang karnival sesak semula. Alhamdulillah, jualan hari kedua juga baik.

Didapati buku-buku ilmiah Islami seperti buku-buku Dr. Danial Zainal Abidin, Dato’ Dr Haron Din, buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain dan lain-lain adalah yang paling laku. Novel-novel pula agak kurang sambutannya kerana adik-adik pelajar kebanyakannya tak bawa ‘duit shopping’. Kasihan… tak mengapalah kerana buku-buku PTS masih boleh dibeli dari kedai buku Popular di Kuantan. Syabas adik-adik SIFE yang mana salah seorang ahlinya yang turut membantu ialah Raja Gopal!

BERTEMU IDA RIZYANI

Pertama kali bertemu Kak Ida Rizyani walaupun suami sudah lama mengenali beliau (sama-sama warga UMP). Seronok tidak terkatalah kerana Kak Ida Rizyani adalah di antara penulis awal yang menulis untuk PTS. Orangnya juga peramah dan sudi berkongsi tip-tip penulisan. Insya-Allah nanti boleh kongsi-kongsi lagi sambil minum kopi di ‘payung putih’… Terima kasih Kak Ida sebab sudi memeriahkan program! :)

Berikut adalah gambar yang disalin dari blog adik Meor http://prosperousunderstanding.blogspot.com. Terima kasih kepada Adik Meor kerana menyokong industri penulisan Melayu… All the best!

eb-meor

Comments
  1. drzeze says:

    salam kembali,
    Tahniah Tuna berjaya menulis.Teringin gak nak jadi penulis cam Tuna ni tapi BM hamba amatlah lintang pukang..ehehehe

  2. syalinamd says:

    Kak z, editor kan ada! :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s