BUKAN UNTUNG, CUMA NAK TOLONG…

Posted: January 20, 2009 in EDUCATION, GENERAL, PARENTING

Jika ada yang mampu memahami, izinkan saya menulis di sini bahawa alam pra-sekolah atau taman didikan kanak-kanak (yang mana jika dipendekkan lagi namanya akan disebut sebagai T-A-D-I-K-A) sering dipandang remeh oleh banyak pihak.

Saya tidak pernah berkecil hati sejak awal 90-an saya mula terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pun begitu sejak saya membuka dan menguruskan tadika sendiri, saya mula menjadi extra sensitive.

Saya sedih dan agak kecewa apabila ada ibu bapa yang merungut tentang yuran yang dinaikkan sebanyak RM5.00 sahaja. Bukan semua ibu bapa yang merungut, hanya seorang dua sahaja. Sungguhpun bilangan yang merungut itu kecil sahaja, ia tetap memberi impak yang besar kepada diri saya malah juga dunia pendidikan awal kanak-kanak.

Di Kuantan, caj yang saya kenakan adalah antara yang termurah. Tahun lepas saya mengenakan yuran sebanyak RM95 manakala tahun ini RM100. Ah… mungkin ada yang akan bersuara, tadika A lagi murah yurannya cuma RM50 atau tadika B pun lebih kurang murahnya cuma RM80 (sekadar contoh sahaja)… Yes, betul jika kita melihat dari sudut yurannya. Pun begitu mari kita lihat dari suatu sudut yang lain pula.

Kebanyakan tadika yang mengenakan yuran murah mempunyai bilangan pelajar yang cukup ramai. Kadangkala melebihi 20 orang bagi setiap kelas. Ada juga kesnya di mana bilangan pelajar terlampau ramai sehinggakan mereka terpaksa duduk berhimpit-himpit hingga ke depan pintu masuk.

Saya faham. Dengan yuran yang murah, tadika-tadika ini perlu menerima pelajar seramai mana yang boleh untuk menampung kos pengurusan, gaji guru dan lain-lain. Apabila bilangan pelajar terlampau ramai, maka sebilangan besar pelajar akan kehilangan fokus, kurang diberi perhatian sama ada dari segi akademik atau soft skills dan juga tidak berkesempatan untuk lebih menonjol di sekolah kerana masa yang singkat terpaksa dikongsi oleh puluhan pelajar.

Di SFK pula, kami menghadkan pendaftaran kepada 35 – 40 orang pelajar sahaja. Nampak macam ramai? Sebenarnya tidak. 40 orang pelajar dikendalikan oleh sekurang-kurangnya 3 orang guru! Ini bermakna, setiap guru mengendalikan kurang daripada 15 orang pelajar! Itu pun sebenarnya untuk mencapai target 40 orang pelajar bukanlah mudah. Tahun lepas cuma 32 orang sahaja manakala tahun ini 27 orang sahaja buat masa ini. Sungguhpun tidak mencapai target, kami tetap mengupah 3 orang guru (tidak termasuk saya). Jadi dengan nisbah guru-pelajar yang sebegini, adakah melampau jika saya mengenakan yuran lebih sedikit?

Sekarang perihal buku pula. Ada juga kedengaran suara yang merungut tentang yuran buku & peralatan. Berikut adalah caj yang dikenakan :

4 TAHUN : RM192.00 (Buku, bahan fotostat, bahan arts & crafts dan alatulis untuk setahun)

5 TAHUN : RM236.00 (Buku, bahan fotostat, bahan arts & crafts dan alatulis untuk setahun)

6 TAHUN : RM290.00 (Buku, bahan fotostat, bahan arts & crafts dan alatulis untuk setahun)

Itu pun ada di antara buku yang optional, contohnya Bacalah Anakku, Read Easy dan Iqra’. Jika pelajar telah pun mempunyai buku-buku tersebut maka mereka tidak perlu membelinya lagi. Bagi adik beradik pula, mereka tidak perlu membeli dua set, memadai satu set sahaja. Read Easy pula tidak perlu dibeli sehinggalah pelajar lancar membaca Bahasa Melayu. Ini bermakna, yuran buku akan berkurangan.

Caj buku 4 tahun adalah lebih murah kerana konsep play school yang kami gunakan. Caj buku 6 tahun adalah yang paling mahal kerana subjek mereka lebih banyak berbanding 4 & 5 tahun. Jika dilihat pada harga setiap buku pula, harganya kurang dari RM4.00, ada yang serendah RM3.20… dan kami juga menjual mengikut harga pasaran, tidak menambah-menambah (ada tadika yang menaikkan harga buku sehingga dua tiga kali ganda!)… Itu pun kami hanya meminta pelajar membeli buku aktiviti sahaja tanpa buku teks. Sebolehnya kami mahu membantu ibu bapa mengurangkan kos buku.

Sekiranya niat kami ialah untuk mencari untung dari yuran bulanan dan yuran buku, pasti sudah lama kami mewajibkan pelajar membeli buku itu dan buku ini (serba mak nenek)… pasti kami tidak akan mengupah guru yang ramai… dan pasti kami juga tak akan menjamu pelajar dengan kuih muih & makanan berat 3 kali seminggu (ada kes tadika yang hanya menjamu biskut kering dan air kosong sahaja!)… tetapi itu semua tidak berlaku!

Kami memandang serius usaha kami untuk mendidik anak bangsa… Oh, tetapi tahun ini ada juga pelajar berbangsa India yang menyertai kami (kemungkinan besar bulan hadapan bertambah seorang lagi). Pun begitu tidak mengapa kerana this is Montessori approach dan yang paling penting, this is ISLAMIC approach yang menghormati penganut fahaman lain selain Islam… Lagipun kami adalah tadika yang menggunakan silibus kebangsaan jadi amat eloklah kami membuka pendaftaran kepada bangsa lain juga!

Okay… Insya-Allah akan datang kita akan berbincang pula mengenai diskriminasi yang berlaku terhadap taska dan tadika di Malaysia!

Comments
  1. khairul says:

    tahniah cikgu,

    tersentuh juga hati saya apabila saya baca segala luahan hati cikgu di atas, semaoga cikgu akan menjadi lebih ‘kuat’ dalam survival masa depan

    good luck puan syerliza

  2. syalinamd says:

    Terima kasih Encik Khairul & family

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s