RESEPI : Ayam untuk Nasi Ayam

Posted: October 14, 2008 in RECIPES

Merujuk kepada entri resepi ringkas sos nasi ayam di https://syalinamd.wordpress.com/2008/09/17/resepi-ramadhan-sos-nasi-ayam, di sini nak dikongsikan pula salah satu resepi lauk ayamnya. Jika di kedai, ayam kerap dipanggang atau distim, tapi kami selalunya menggoreng sahaja.

Bahan-Bahan :

Ayam mentah – Separuh, seekor atau lebih bergantung kepada keadaan.

Bawang putih & halia – Ditumbuk lumat untuk dilumur pada ayam.

Sedikit kicap.

Air untuk merebus ayam (sekali gus untuk dijadikan sup nanti).

CARA :

Rebus ayam bersama air (di mana air rebusan tersebut akan dijadikan sup dan digunakan untuk memasak nasi). Seeloknya jangan dipotong ayam tersebut kecil-kecil. Sebaliknya, rebus dalam keadaan dipotong separuh. Kemudian, asingkan ayam tersebut di dalam bekas berasingan. Biarkan sebentar dan kemudian lumurkan bawang putih, halia dan kicap. Perap seketika. Kemudian, bolehlah mula menggoreng.

Oleh kerana ayamnya sudah direbus, maka tak perlulah menggoreng begitu lama. Cukuplah sekadar garingkan kulit luarnya sahaja. Pun begitu janganlah terkejut apabila melihat kulit ayam yang berwarna hitam tu. Al-maklumlah dah nama pun dilumur kicap, kalau putih kulitnya macam ada something wrong lah pulak hehhe. Selepas menggoreng, bolehlah ditetak ayam tersebut. Selepas ditetak, maka terserlahlah isinya yang putih cantik berseri…

Sekian adanya… SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s