CABARAN DALAM MENERBITKAN FILEM ISLAMI

Posted: October 12, 2008 in EDUCATION, GENERAL, RELIGION

Saya pasti ramai yang menonton filem Ayat Ayat Cinta di TV3 pada Jumaat malam lepas. Telefon saya tidak henti-henti menerima SMS daripada teman-teman agar tidak ketinggalan menonton filem tersebut.

Alhamdulillah, dunia tidak pernah sepi dari kemunculan filem-filem Islami seperti Ayat Ayat Cinta. Alhamdulillah juga, mesejnya amat baik sekali, dari nasihat berkaitan Nabi Yusuf a.s. semasa di penjara sehinggalah kepada mesej-mesej berkaitan poligami. Meski pun yang menonton adalah penonton-penonton Muslim, pasti banyak pengajaran yang dapat diperolehi daripadanya.

Pun begitu, amat mengelirukan apabila filem-filem Islami menyampaikan mesej yang bertentangan. Tidak semua, tetapi selalunya. Ini termasuklah hal-hal yang melibatkan aurat, bersentuhan, berkucupan dan sebagainya. Ya, kita sedia maklum bahawa itu adalah lakonan. Namun, pada realitinya yang haram tetap haram.

Jika di Malaysia ini, contoh yang boleh kita ambil ialah filem-filem terbitan/arahan Yasmin Ahmad. Saya tidak sanggup melabelkan mana-mana filem Yasmin Ahmad sebagai filem Islami walaupun ramai yang mengatakan bahawa kebanyakan filem Yasmin Ahmad membawa mesej Islami. Kasih sayang luar biasa di antara suami isteri di mana perhubungan itu digambarkan dengan begitu indah sekali, begitu juga seperti apa yang digambarkan melalui filem Gubra di mana Islam mengajar kita berbuat baik kepada semua umat manusia tidak kiralah apa jua pekerjaan mereka (sebagai salah satu jalan dakwah) dan juga haiwan seperti anjing (walaupun kita sedia maklum bahawa seorang bilal yang berpengetahuan agama pada realitinya tidak mungkin membelai anjing tanpa sebab ketika dalam perjalanan ke surau untuk bersolat).

Bagaimana pula dengan filem Sepet di mana dua orang pelakon yang melakonkan watak suami dan isteri berkemban lalu menari ala-ala erotik walhal dalam realitinya mereka bukanlah suami isteri yang sah? Dan tidak terperanjatkah kita apabila si suami melondehkan kain pelekat dan berlari-lari mengejar si isteri dengan hanya memakai seluar dalam? Di mana agaknya nilai Islami yang hendak ditonjolkan? Adakah lakonan yang bersifat sementara atau realiti yang kekal bahawa yang haram tetap haram?

Keliru… amat mengelirukan… banyak juga filem di mana para pelakon mengucup pipi, dahi dan sebagainya tetapi dibenarkan tayangannya… Sedih… amat menyedihkan… Di mana agaknya sensitiviti badan-badan berkenaan? Di mana pula sensitiviti para penyokong filem-filem ini? Tidakkah al-Qur’an, hadis-hadis dan para ulama’ dirujuk?

HARU!

Comments
  1. Asyeeqeen says:

    Rasanya tak keterlaluan kalau mengatakan filem Yasmin dikatakan tidak islamik… Facts is facts… tiada kompromi…

    Sekrg ni dah macam caca marba, kalau filem dah terang2 mendedahkan perkara yg tidak manis dilihat, yakinlah dengan sensitiviti kita…

    Yg pelik tu, ramai pula yg nak menerangkan tentang Islam dengan cara yang seperti melepaskan batuk di tangga… kecewa juga bila kadang dah berkobar2 nak bagi sokongan pada filem kita yang islamik…. tp bila dah ikuti keseluruhan cite, nampak kepincangannya…. setuju dgn tuna, sepatutnya mereka merujuk dengan ulama’ untuk menghasilkan filem2 yang islamik.

    Nak menunjukkan islam dalam filem bukan setakat tunjuk masjid, bersolat dan berpuasa

  2. syalinamd says:

    Ingat lagi tak program Fenomena di TV1 di mana Rosyam Nor menjemput Ustaz Zawawi Yusoh dan pelakon Fauziah Nawi. Tuna tabik kepada Rosyam Nor & TV1 kerana berani membincangkan isu hiburan Islami walaupun ternyata memakan industri hiburan sendiri. Dan Ustaz Zawawi sendiri begitu berani mempertahankan hak Islam sebenar & menyampaikan segala mesej yang perlu disampaikan. Pun begitu sedih juga kerana perubahan tak berlaku.. Harap mereka lebih serius apabila meminta pandangan dan tunjuk ajar daripada ustaz-ustaz, bukan sekadar bertanya untuk main-main sahaja… Apa pun mungkin perubahan tak boleh berlaku dalam sekelip mata. Mudah-mudahan suatu hari nanti mereka berubah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s