SENTUHAN PAPA BELAIAN MAMA

Posted: October 10, 2008 in EDUCATION, GENERAL

“Mendekati dan mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam kesibukan ibu bapa menjalankan tanggungjawab bekerja dan menguruskan rumah tangga, kadang-kadang kita hilang fokus menyebabkan anak-anak merasa terpinggir. Bila ini berlaku mereka akan sengaja melakukan perkara-perkara yang memeningkan kepala ibu bapa hanya sekadar ingin menarik perhatian. Buku Sentuhan Papa Belaian Mama ini patut dibaca oleh semua ibu bapa kerana ianya mengandungi tips-tips panduan mudah yang sangat praktikal untuk membentuk perkembangan anak-anak sejak kecil lagi. Sayangi dan dekatilah anak-anak kita dengan cara yang terbaik!”

(Disalin dari buku Sentuhan Papa Belaian Mama tulisan Rosnah Ahmad dan Roha Hassan)

 

One good book, seriously! Buku ini mengandungi 20 tips asuh anak cemerlang yang dicatatkan bersama oleh Puan Rosnah Ahmad dan Cik Roha Hassan melalui pengalaman masing-masing. Diselitkan juga doa-doa berguna yang boleh dipraktikkan bersama keluarga. Bahasa yang digunakan juga adalah mudah dan ketika membacanya dapat merasakan bahawa tips-tips yang terkandung di dalam buku ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan mendidik, bukan untuk mengajar.

Saya ada stok dalam simpanan, pun begitu stoknya di Kuantan. Kalau nak dapatkan dengan segera, bolehlah terus menghubungi Puan Rosnah di nombor telefon 013-9308873. Kalau nak membeli daripada saya, sila e-mail ke sy_amd2001@yahoo.com tapi kemungkinan besar pembeli akan menerima tempahan lewat sedikit… SELAMAT MENDIDIK!

 

Tajuk Buku : Sentuhan Papa Belaian Mama
Penulis : Rosnah Ahmad & Roha Hassan
Penerbit : Tinta Ori
Harga : RM12.00 (Semenanjng Malaysia) / RM14.00 (Sabah & Sarawak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s