MELAMINE

Posted: October 7, 2008 in GENERAL, HEALTH

APAKAH MELAMINE?

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan.

MENGAPA MELAMINE DIKESAN DI DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU?

Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

APAKAH KESAN MELAMINE KEPADA MANUSIA?

Kesan Melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan Melamine melalui makanan boleh mengakibatkan :

– Kerosakan pada sistem pembiakan.
– Pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

APAKAH PERANAN PENGGUNA DALAM HAL INI?

Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (laman web, telefon atau kenyataan akhbar). Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03- 88833655 atau 03-88833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat lanjut.

* Maklumat di atas disalin dari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia di http://fsq.moh.gov.my/uploads/QAmelamine2309.pdf.

Untuk mendapatkan senarai produk yang tidak dicemari Melamine, sila layari :
http://fsq.moh.gov.my/uploads/senaraiproduk04102008.pdf

dan;

http://fsq.moh.gov.my/uploads/senaraiprodukmematuhistandardmelamine06102008.pdf

BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI YA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s