ANEMIA

Posted: October 7, 2008 in GENERAL, HEALTH

Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11 gm%. Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut :

(a) Hb kurang 9 gm% = Anemia teruk
(b) Hb antara 9 hingga 10.9 gm% = Anemia sederhana
(c) Hb 11 gm% dan ke atas = Normal

* Maklumat di atas disalin dari risalah “Pemakanan Ibu Hamil : Anemia” oleh Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sejak kebelakangan ini paras hemoglobin saya adalah di antara 9 hingga 10.9 (anemia sederhana). Bimbang juga lebih-lebih lagi kalau kehilangan banyak darah semasa bersalin nanti. Pun begitu kena ‘stay positive’, teruskan pengambilan vitamin (saya ambil vitamin tambahan – Iberet Folic) dan makan apa-apa yang patut. Berikut adalah senarai yang diberikan oleh Klinik Kesihatan di KL pagi tadi (alahai, mengapalah klinik kesihatan di Kuantan tak keluarkan senarai seperti ini?). Kalau ada pembaca mengalami masalah yang sama bolehlah ambil sebagai rujukan ya!

ZAT BESI : Organ dalaman seperti hati & limpa, kerang, lala, kupang, ikan bilis, ayam, daging, telur, tau-kua/tauhu goreng, kacang kuda, kangkung, peria, bayam, pucuk paku.

ASID FOLIK : Hati, bayam, bendi, asparagus, lentil (?), kidney beans (?), biji bunga matahari (kuaci ke?), oats, cornflakes, brokoli.

VITAMIN B 12 : Lala, kupang, kerang, ginjal, hati, ikan, tiram, tuna, susu.

VITAMIN C : Buahan sitrus seperti oren & limau, mangga, belimbing, jambu batu, tomato, brokoli.

Selain kemungkinan tumpah darah semasa bersalin, di antara kesan lain yang boleh berlaku ialah keguguran, bersalin awal dan kematian janin dalam kandungan. Oleh itu, sama-samalah kita memantau paras hemoglobin. Ikut nasihat doktor dan usahakan yang terbaik untuk baby kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s