NOVEL REMAJA “EMILDA : Catatan Seorang Perindu”

Posted: September 30, 2008 in GENERAL, WRITINGS

Alhamdulillah, akhirnya novel pertama saya, “EMILDA” telah selamat diterbitkan oleh PTS One minggu lepas. Insya-Allah bukunya akan berada di pasaran selepas raya. Pun begitu sempat juga saya mengambil sedikit stok untuk dipromosikan kepada keluarga dan kawan-kawan bersempena cuti raya ini. Terima kasih kepada Cik Ann dari PTS One yang bertungkus lumus menyediakan stok tersebut untuk saya.

Tajuk kecil “Catatan Seorang Perindu” telah saya pilih sejak dari awal lagi (tahun 2001). Ia membawa maksud coretan Emilda yang merindui Penciptanya. Novel ini bukan novel cinta biasa. Ia adalah alternatif kepada novel-novel cinta remaja yang ada di pasaran sekarang. Biarlah Emilda sahaja yang berkongsi segala pengalaman, suka dan dukanya melalui novel “Emilda : Catatan Seorang Perindu” ini…

Emilda mengisahkan gadis Atheist yang mula mencintai Islam dan mahu mendekati agama istimewa ini. Dia cuba mencari kebenaran dalam Islam. Hafiz yang rapat dengannya gagal memberi contoh terbaik kepada Emilda. Mungkinkah kehadiran Syahir merubah segalanya? Bagaimana pula penerimaan ibu bapa Emilda – Encik Melvin dan Puan Cindy sekiranya mengetahui hal yang sebenarnya? Dapatkah Emilda mencari cahaya kebenaran itu?

“Acik Nor….”

“Ya, Emil?”

“Al-Quran tu…. siapa yang tulis?” Emilda cuba memulakan perbualan berkenaan Islam. Elok juga sekiranya dia mengambil peluang ini sebaik mungkin sementara ibu bapanya tiada di rumah.

“Maksud kamu?”

“Compose… maksud Emil pengarang kata-kata di dalam Quran.” Emilda sedaya upaya menerangkannya sebaik mungkin supaya Acik Nor faham soalan yang diajukan sebentar tadi.

“Allah,” jawab Acik Nor ringkas.

“Tuhan?”

Acik Nor mengangguk. Dia tidak sedikit pun terperanjat dengan soalan Emilda. Itu bukan soalan pertama yang pernah diajukannya, malah sudah berpuluh-puluh soalan. Dia sedar Emilda semakin berminat dengan Islam, tetapi apalah dayanya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s