BUKAN SYAWAL BIASA…

Posted: September 25, 2008 in FAMILY & FRIENDS

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan kita menyambut Ramadhan. Pasti setiap tahun ada sahaja perbezaan dan peningkatannya, insya-Allah. Tahun ini nampaknya terpaksalah saya beraya di KL sahaja kerana kandungan akan memasuki minggu ke-38 pada minggu hadapan. Nampaknya mak pun terpaksa berkorban untuk tidak berhari raya di Penang bersama tok. Suami pun begitu juga, tidak dapat berhari raya bersama keluarga di Alor Setar. Terima kasih atas pengorbanan semua!

Kalau si baby dapat bersabar dan bersalin on time, dapatlah saya beraya seperti biasa. Kalau baby decides nak keluar awal sikit untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama, maka berkemungkinan besar terpaksalah saya beraya dengan juadah orang berpantang hehhe… apa pun keadaannya, kami sekeluarga memang tak sabar nak menyambut ahli keluarga baru. Doakan semuanya selamat!

Di sepanjang tahun ini saya begitu sibuk sekali. Di saat-saat akhir sebelum saya bertolak ke KL untuk membuat persiapan bersalin, banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Tadika terpaksa diutamakan memandangkan guru-guru akan mengambilalih kebanyakan tugas saya. Guru-guru dilatih dan dicerap lebih kerap sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah sehingga tengahari tadi, guru-guru nampaknya jauh lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Dalam kesibukan mengendalikan tadika, nampaknya saya hampir terlupa tentang persiapan bersalin. Beg bersalin pun belum dikemas lagi. Barang-barang baby pun belum lengkap. Cadangnya nak uruskan di KL sahaja esok lusa. Pun begitu buku rekod kesihatan/kehamilan dan surat pengesahan majikan suami sentiasa berada di dalam beg dan dibawa ke mana sahaja. Maklumlah, di peringkat ini saya boleh bersalin pada bila-bila masa.

Okay, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai juga pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga sambutan Aidilfitri kita semeriah sambutan Ramadhan. Ameen! Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s