BUKAN ANTI TV9

Posted: September 16, 2008 in GENERAL

Merujuk kepada posting saya mengenai Akademi Nasyid baru-baru ini, saya bukanlah individu yang membenci TV9 kerana menerbit/menyiarkan program tersebut. Saya juga tidak memboikot para peserta yang menyertai Akademi Nasyid. Pada saya, walaupun tidak berkopiah atau bersongkok, mereka mempunyai bakat yang besar. Cicik dan Aiman umpamanya, begitu berbakat sekali. Cicik mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pelapis penghibur lagu-lagu puisi. Aiman pula mampu menjadi penyanyi yang baik jika terus digilap kerana lontaran suaranya begitu mantap sekali. Kita dapat melihat dan menilai bagaimana kemantapan vokalnya terus meningkat setiap minggu.

Pun begitu, apa yang saya luahkan melalui posting tempoh hari adalah isu ‘genre nasyid’ semata-mata, iaitu mengenai perubahan besar yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Apakah itu nasyid? Apakah yang membezakan nasyid dengan genre-genre lain dan sebagainya. Mengapa para penasyid berlumba-lumba mengubah konsep album mereka? Mengubah konsep album tidak mengapa lagi, tetapi mengapa perlu diubah imej penampilan mereka?

Ingatkah lagi kepada album “Puji-Pujian” oleh kumpulan Raihan? Ingatkah pada konsep album tersebut dan penampilan anggota-anggota Raihan? Dengan album sebegitu ringkas muziknya, “Puji-Pujian” berjaya membuka banyak mata dan BOOM! Tiada sesiapa yang mempersoalkan imej Islamik mereka. Jadi, saya hairan mengapa para penasyid pada hari ini berlumba-lumba mengubah imej mereka.

Saya bukan anti TV9, malah saya berbangga kerana TV9 banyak menyiarkan program-program Islamik. Untuk itu, saya akan terus menyokong TV9 asalkan kena pada programnya. Pun begitu bagi Akademi Nasyid, saya masih berasa kecewa kerana ia tidak di’pergunakan’ sebaiknya untuk meningkatkan martabat NASYID. Dan saya juga kecewa kerana guru vokal Akademi Nasyid adalah seorang wanita. Lebih mengecewakan lagi, wanita itu tidak menutup aurat.

Sekian, Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s