ISU PETROL LAGI

Posted: September 12, 2008 in GENERAL

Bukan… ini bukan isu harga minyak yang naik banyak tapi turun sedikit… Baru-baru ini telah dikeluarkan surat oleh pihak berwajib sekali lagi agar minyak petrol diisi sendiri oleh pemilik kenderaan. Oleh kerana sejak kebelakangan ini saya jarang benar membaca akhbar atau menonton berita di TV, saya tidak pasti sama ada perintah tersebut hanya berkuatkuasa di sekitar Kuantan/Pahang sahaja, atau wajib dipatuhi oleh semua negeri. Mungkin juga telah lama dikuatkuasa, tetapi memandangkan stesen minyak seperti Shell di Kuantan kerap membantu pemilik kenderaan mengisi minyak, maka arahan itu dikeluarkan semula. Saya tak pasti.

Pun begitu, apa yang nak disuarakan di sini bukanlah isu mat-mat Bangla Shell dan seangkatan dengannya. Cuma, arahan tersebut telah menyusahkan wanita mengandung seperti saya. Tambahan lagi, anak sulung saya masih kecil dan sering diikat di atas car seat. Bayangkan kepayahannya apabila terpaksa mengangkat turun anak dari car seat dan membawanya ke kaunter bayaran, kemudian meletaknya semula ke atas car seat sebelum mengisi minyak!

Semalam, mat Bangla di Shell Gambang meminta saya mengisi sendiri minyak kereta. Katanya, “Kena isi sendiri, Madam…” Saya menjawab, “Tolong isilah, ada baby dan saya lagi pregnant!” Mujur dia tolong juga. Yang menghairankan, mereka ini gemar benar membantu pemilik motosikal. Mereka juga tidak pandai memilih siapa yang nak dibantu. Adakalanya cik-cik abang yang sihat tubuh badannya pun mereka sibuk nak bantu, sedangkan para wanita dibiarkan mengisi minyak sendiri… Mungkin kurang latihan PR agaknya. Atau adakah ini suatu bentuk diskriminasi? Mungkin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s