RAMADHAN YA RAMADHAN!

Posted: September 4, 2008 in RECIPES

Alhamdulillah Ramadhan muncul kembali. Tahun ini agak keletihan sedikit sebab pregnancy dah masuk 33 minggu, kemudian pada masa yang sama perlu fokus kepada tadika terutamanya hal-hal pendaftaran pelajar baru, ujian akhir tahun dan reading sessions. So far so good.

Bila tiba Ramadhan, salah satu perkara yang paling saya enjoy ialah memasak untuk suami & anak, sama ada untuk berbuka atau bersahur. Kerana itulah sebolehnya saya akan memasak sendiri. Kadang-kadang berkongsi juadah bersama jiran-jiran… Wahh FUN!

Di antara resepi wajib ialah ikan belah belakang (goreng). Selalunya ikan cencaru atau ikan kembung. Memandangkan saya masak main hentam keromo tak ikut sukatan, berikut ialah resepi yang disalin dari laman web Hanieliza :

CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan :

4 ekor ikan cencaru (dicuci dan dibelah belakang)

Bahan Sambal/Mesin :

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara Membuat :
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal ke dalam/belakang ikan cencaru.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

 

* Tip tambahan kampung style : Lumurkan asam jawa pada ikan sebelum menggoreng!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s