AL-KISAH NAFKAH…

Posted: August 25, 2008 in GENERAL, PARENTING

Baru-baru ni semasa saya & suami shopping barang dapur, si adik cantik manis di kaunter cashier bertanya, “Akak ke yang bayar? Kalau saya, semua suami saya yang bayar.” Mungkin dia bertanya sebab kami bahagikan barang-barang. Mula-mula suami saya bayar, kemudian saya. Mungkin pelik pada si cashier agaknya ye?

“Ni duit suami saya jugaklah ni… nafkah daripada dia jugak.” Hmm… itulah, bila masuk bab nafkah rumahtangga ni ada bermacam-macam versi, antaranya :

Versi Pertama : Suami tak bagi duit belanja secara lump sum. Kalau nak beli barang, beritahu shj, dia akan tolong bawa & bayar ikut pembelian semasa.

Versi Kedua : Suami bagi duit secara lump sum pada si isteri bila dapat gaji. Lebih mudah untuk dibajet & lebih fleksibel bagi si isteri untuk plan apa yang nak dibeli dll.

Versi Ketiga : Suami bagi duit secara lump sum pada awal bulan. Kemudian di sepanjang bulan tu suami kena tampung lagi sebarang perbelanjaan tambahan yg dibuat dek isteri (alahai kesian!).

Kategori kami ialah kategori kedua. Suami akan terus beri wang perbelanjaan dapur & anak bila dapat gaji. Selalunya list barang kami konsisten tiap-tiap bulan, termasuklah lampin anak, susu, beras, telur, kicap, minyak, frozen food (untuk masa kecederaan hehhe) dll. Kalau nak berubah list-nya pun pada barang-barang basah. Ikut keadaanlah apa yang dibeli, mungkin ayam, ikan, daging dll. Barang-barang basah dibeli secara mingguan atau apabila perlu. Tapi oleh kerana kami ni very simple dalam bab makan, kami banyakkan sayur-sayuran. Eloklah tu, harga ayam & minyak pun dok naik kan…

Sistem kami begini. Suami beri wang belanja secara lump sum pada awal bulan untuk membeli barang-barang keperluan yang wajib bagi kami. Kemudian dari semasa ke semasa, kalau suami saya ajak beli barang tambahan yang tak termasuk dalam senarai, dia akan keluarkan wang tambahan dari poketnya sendiri. Saya pun begitu, kalau teringin yang ‘pelik-pelik’ atau ‘merapu’, saya akan keluarkan duit sendiri. Sebagai contoh, suami tak galakkan langsung saya makan junk food. Tapi kalau saya teringin nak makan juga, saya akan guna duit saya sendiri. Ini bukan kes ketegaq atau degil, ini kes tak nak bebankan suami lah dengan perbelanjaan yang tak berfaedah tu…

Sempat juga saya explained pada si cashier… iyalah, mudahan dia faham bahawa hidup berkeluarga ni tak boleh nak bebankan semuanya pada suami sahaja. Walaupun memberi nafkah tu tanggungjawab suami, kena tengok pada keadaan dan kemampuan juga. Janganlah si isteri ambil kesempatan 24 jam. Dua-dua pihak kenalah faham… kerja-kerja rumah dll dibantu oleh si suami, si isteri pula bantu dari segi kewangan keluarga dll… kudukut-kudukut tak mau ehh…

Apa pun semua ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak juga… kalau tak rela jangan dibuat, nanti sama-sama makan hati. Pun begitu apa yang pasti, bantu membantu membina keluarga bahagia, chewwahhh….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s