CABARAN KERJA

Posted: August 14, 2008 in EDUCATION, GENERAL

Rasanya tiada lain yang lebih mencabar selain mencari tenaga kerja yang komited, bersungguh-sungguh, jujur, amanah dan benar-benar ikhlas hendak mendidik. Okaylah, mendidik anak bangsa (dan bukan anak bangsa) tu pun suatu bentuk cabaran juga tapi cabarannya taklah sehebat nak mencari guru-guru yang sesuai.

Di tadika, guru datang dan pergi. Pun begitu Alhamdulillah, tiada seorang pun yang pergi dek sebabkan masalah disiplin atau tidak berminat untuk menjadi pendidik. Sejak Januari hingga Ogos ini, salah seorang guru telah kembali ke Rahmatullah, dua orang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA, seorang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan berhijrah ke Johor dan yang terkini, salah seorangnya akan berhijrah ke Shah Alam kerana mendapat pekerjaan baru sebagai guru tadika di sana. Bagaimanapun syukur, guru yang pergi sentiasa ada pengganti. Dan saya yakin dengan qada & qadar Allah, saya memahami bahawa setiap perkara yang berlaku terselindung hikmah disebaliknya.

Saya juga memahami masing-masing mempunyai komitmen dan cita-cita. Ada yang masih belum benar-benar melihat dunia luar, belum pernah bekerja. Jadi, pasti mereka mahu mencari sebanyak pengalaman yang boleh. Penggajian pun salah satu masalah juga. Jika di Kuantan ini, gaji guru taska dan tadika tidak setinggi di Kuala Lumpur. Ada taska dan tadika yang membayar di antara RM300 – RM500 sebulan, bekerja sehari penuh dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Adakalanya hari Sabtu pun terpaksa berkerja juga.

Gaji yang saya tawarkan tidaklah tinggi. Kalau boleh memang nak bayar tinggi tapi memandangkan yuran yang dikenakan tidak tinggi maka gaji guru pun tidak tinggi jugalah. Gaji yang dibayar adalah di antara RM400 – RM450 sebulan. Upah yang kecil saya sesuaikan dengan tugasan. Guru-guru hanya bekerja separuh hari, paling lewat 3.30 ptg. Anak-anak pulang paling lewat 12.00 tgh. Jadi selepas jam 1.00 ptg biasanya guru-guru sudah free. Di antara jam 1.00 ptg – 3.30 ptg inilah mereka boleh berehat, makan, prepare kerja anak-anak dll. Itu pun ada yang pulang jam 2.30 ptg (mengikut giliran).

Selain waktu kerja yang singkat berbanding kebanyakan taska & tadika lain, guru-guru di tadika saya juga tidak perlu memasak, malah diberi elaun makan. Mereka juga tidak perlu mencuci tandas atau mop lantai kerana tadika telah pun melantik individu lain untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Guru-guru juga tidak diganggu pada hujung minggu kecuali jika ada program tertentu seperti kursus, bengkel, mesyuarat dan sebagainya. Itu pun jarang-jarang sangat… Jumlah anak yang perlu dikendalikan hanyalah 10 – 15 orang bagi seorang guru berbanding kebanyakan tadika lain yang mana seorang guru perlu mengendalikan 20 – 30 orang anak murid. Bayangkan tekanan yang perlu dihadapi!

Jadi, jika ada guru yang mahu meletak jawatan kerana soal gaji, harap fikir-fikirkanlah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s