AMEEN UNTUK AMIN

Posted: July 25, 2008 in GENERAL

Aduhai, meriah sungguh Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang dianjurkan buat kali kedua malam tadi, 24 Julai 2008. AMIN telah disiarkan secara langsung melalui RTM 1 selama lebih kurang 2 jam. Bagus juga anugerah berprestij Islam sebegini diadakan pada hari Khamis malam Jumaat. Moga diberkati.

Kemunculan Rabbani dalam persembahan pembukaan cukup bersesuaian dengan suasana majlis yang dihadiri oleh bukan sahaja beberapa orang ahli menteri kabinet dan tokoh-tokoh agama terkenal negara, malah juga diserikan oleh kehadiran para penonton yang rata-ratanya berkopiah dan bersongkok manakala yang perempuannya pula bertudung. Sesuai sungguh dengan tema Islamnya.

Pun begitu alahai JAKIM… di mana sensitivitimu…? Ketika diumumkan nama-nama pengacara majlis tersebut pun, entah mengapa saya rasa tak sedap hati. Sungguh! Majlis yang sepatutnya tenang itu tiba-tiba bertukar senario. Tiba-tiba sahaja majlis dicacatkan oleh lawak-lawak hambar yang tak berapa menjadi dan adakalanya agak melampau. Lebih kasihan lagi, hanya seorang dua penonton sahaja yang ketawa. Dalam kata lain, lawak syok sendirilah tu. Mungkin jika lawak yang sama disampaikan dalam anugerah-anugerah POP yang lain, penonton akan ketawa terbahak-bahak (itu pun belum tentu), tapi ini majlis anugerah bertemakan Islam….

Alahai JAKIM… mengapalah Siti Fairuz diizin menyanyikan lagu “Bila Rindu Ku Sebut Namamu”…? Jika “MU” itu merujuk kepada Allah yang Maha Esa tak mengapa jugalah, tapi ini lagu cinta sesama manusia yang mendayu-dayu sedihnya hingga hampir memuja… Apa JAKIM tak bikin homework? Tak study dulu lirik lagunya?

Alahai JAKIM… kemunculan Siti Nurhaliza sekali lagi mencacatkan majlis. Maaf peminat-peminat Siti! Tapi apalah salahnya menutup rambut halusmu sebagai menghormati majlis…? Special sangatkah Siti hingga JAKIM segan silu untuk lebih tegas dalam menetapkan kod berpakaian majlis bertemakan Islam itu?

Alahai JAKIM… mungkinkah tokoh-tokoh agama yang hadir terhibur mendengar suara dua Siti yang mendayu-dayu itu? Sayang sungguh, anugerah sebegini seharusnya menjadi medium penting dalam mempromosikan mesej Islam sebenar, tapi akhirnya kita juga yang kecundang. Alih-alih, kita juga yang mengikut majlis anugerah lain yang lagha, sedangkan dalam majlis-majlis mereka, tidak pula mereka sibuk-sibuk menjemput para penasyid atau menjaga sensitiviti kita. Kita juga yang terpaksa mengalah dan tunduk pada ‘kekuasaan’ mereka.

Rasanya tiada ucapan lain yang lebih sesuai untuk diucapkan kepada JAKIM sebagai penganjur selain AMEEN….. Ucapan penutup. Cukuplah tu JAKIM, berhentilah menganjurkan anugerah sebegini. Tahun depan kita buat persembahan marhabanlah pulak ye!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s