Archive for the ‘ENTERTAINMENT SCENE’ Category

Dalam kemeriahan Maharaja Lawak, jangan lupa menyokong dan menyaksikan program realiti IMAM MUDA yang sudah pun mula bersiaran di Astro Oasis pada 29 April lalu. Memandangkan Maharaja Lawak disiarkan di channel Warna dalam pakej Mustika, dan ramai juga nampaknya yang tidak melanggan pakej ini, maka marilah mengambil peluang menonton IMAM MUDA sambil menunggu video-video Maharaja Lawak [...]

Baik. Kita lihat dahulu nama-nama besar daripada rancangan realiti TV yang telah menggegarkan industri seni tanah air dalam zaman ini. Di sini kita bercakap mengenai nama besar yang benar-benar ber’aura’ sehingga melayakkan mereka memenangi “Anugerah Bintang Paling Popular”. Yep, anugerah ini boleh menjadi pengukur populariti kerana yang mengundi mereka adalah peminat! Mawi. Nabil. Dua nama besar [...]

Tomok… Tomok… Memang tak boleh lupa perjalanan New Boyz dahulu, sering dikutuk para peminat muzik terutamanya lelaki. Boleh dikatakan hampir keseluruhan peminat New Boyz dahulu adalah perempuan. Pun begitu, sejak menyertai One In A Million musim ketiga (OIAM3), persepsi mereka tiba-tiba berubah… termasuklah diri saya sendiri. Di sepanjang berlangsungnya OIAM3, saya sering menonton video persembahan [...]

THE MESSAGE

Posted: October 16, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

From One Islam Productions (http://www.1islam.net) “It is the 7th century and in Mecca, where powerful leaders are in conflict with Muhammad who attacks the many injustices their way of life produces – slavery, drunkeness and cruelty. Muhammad claims to have seen a vision of the Angel Gabriel and calls to the people of mecca to [...]

Saya pasti ramai yang menonton filem Ayat Ayat Cinta di TV3 pada Jumaat malam lepas. Telefon saya tidak henti-henti menerima SMS daripada teman-teman agar tidak ketinggalan menonton filem tersebut. Alhamdulillah, dunia tidak pernah sepi dari kemunculan filem-filem Islami seperti Ayat Ayat Cinta. Alhamdulillah juga, mesejnya amat baik sekali, dari nasihat berkaitan Nabi Yusuf a.s. semasa di penjara [...]

ALBUM NUR SYAWAL

Posted: September 20, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

Pada saya, NUR SYAWAL adalah salah sebuah album raya paling best. Diterbitkan oleh Hijjaz Records beberapa tahun lepas, album ini menampilkan pakej yang lengkap dan mantap. Kalau belum ada, cubalah cari di pasaran. Manalah tahu masih ada…

BUKAN ANTI TV9

Posted: September 16, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

Merujuk kepada posting saya mengenai Akademi Nasyid baru-baru ini, saya bukanlah individu yang membenci TV9 kerana menerbit/menyiarkan program tersebut. Saya juga tidak memboikot para peserta yang menyertai Akademi Nasyid. Pada saya, walaupun tidak berkopiah atau bersongkok, mereka mempunyai bakat yang besar. Cicik dan Aiman umpamanya, begitu berbakat sekali. Cicik mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pelapis penghibur [...]

PROGRAM RAMADHAN TV9

Posted: September 10, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

Setelah dikecewakan oleh Akademi Nasyid ( http://syalinamd.wordpress.com/2008/08/24/nasyid-perlu-ada-identiti ), terubat juga hati apabila bersempena Ramadhan ini TV9 banyak menghidangkan program-program keagamaan, sama ada program-program baru atau lama. Alhamdulillah! Di antara program yang dimaksudkan ialah Al-Risalah, Mari Bertarannum, Mari Mengaji, Ustaz Zamri Bercerita dan Sarjana Muslim. Pun begitu, yang paling menarik dan paling hebat ialah program Tanyalah Ustaz yang [...]

NASYID PERLU ADA IDENTITI

Posted: August 24, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

Tahniah kepada TV9 atas inisiatif menerbitkan Akademi Nasyid, begitu juga program-program nasyid yang lain seperti carta nasyid dan sebagainya. Tidak kiralah terbitan stesen mana pun, program-program seperti ini banyak membantu memartabatkan irama nasyid di persada seni tanahair.   Bagaimanapun saya semakin hari semakin keliru memikirkan arah tuju artis-artis yang menggelarkan diri atau kumpulan mereka ‘penasyid’ [...]

AMEEN UNTUK AMIN

Posted: July 25, 2008 in ENTERTAINMENT SCENE

Aduhai, meriah sungguh Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang dianjurkan buat kali kedua malam tadi, 24 Julai 2008. AMIN telah disiarkan secara langsung melalui RTM 1 selama lebih kurang 2 jam. Bagus juga anugerah berprestij Islam sebegini diadakan pada hari Khamis malam Jumaat. Moga diberkati. Kemunculan Rabbani dalam persembahan pembukaan cukup bersesuaian dengan suasana majlis yang [...]