MAHALNYA TADIKA SWASTA!!

Posted: December 13, 2012 in PARENTING

MAHAL.

Saya tau sebab saya pun pernah ada tadika di Pahang. Buku sahaja mencecah ratusan ringgit sampaikan ada parents yang merungut – Buku apalah yang mahal sangat tu? Tapi nak buat macamana, dah buku teks asing, buku aktiviti asing (cerdik ke tak cerdik penerbit buku?). Tapi apa pun, saya adjust kembali pada yuran bulanan. Walaupun swasta, yuran yang saya kenakan tak melebihi RM100.

Sekarang kalau tengok, tadika swasta caj mahal. Tak tau la, mungkin rate Penang. Kalau di Kuala Lumpur apatah lagi. Kadang-kadang yuran pendaftaran sahaja hampir mencecah RM800. Itu tadika Melayu. Rasanya kalau tadika cina, mahu RM1000 lebih. Tadika anak saya cajnya dalam RM600. Mahal tu bagi hamba Allah macam kami!

Ya, mahal.

Tapi kan… kami hantar juga. Dulu kami hantar anak sulung. Mulai 2013, nak menghantar adiknya pula. Umur baru 5 tahun. Antara sebab utama mengapa kami setia dengan tadika tu ialah – Adanya solat berjemaah setiap kali masuk waktu. Siap diperkenalkan solat Dhuha dan ada latihan doa.

Surprisingly, banyak tadika Melayu yang tak buat praktikal solat di luar waktu kelas. Maksudnya, guru akan ajar subjek fardhu ain di dalam kelas sahaja. Nampak macam tak penting kan? Almaklumlah, mereka masih budak-budak lagi… Tapi kalau kita tahu dan faham bahawa 0 – 6 tahun adalah tempoh paling crucial bagi kanak-kanak untuk menyerap ilmu, maka kita akan mengambil kira perkara ini (latihan praktikal luar kelas).

Perkara ini antara kualiti penting kepada kamilah. Bagi orang lain, mungkin definisi ‘kualiti’ tu berbeda, bergantung kepada kehendak masing-masing. Sebagai contoh, ada yang panggil sesebuah tadika itu berkualiti sebab pengajaran dalam bahasa Inggeris. Atau mungkin berkualiti sebab ramai cikgu cina, atau mungkin sebab ada swimming pool, atau mungkin sebab dia ada playground sebesar padang bola…

Semua ini bergantung kepada kita yang memilih. Terpulang kepada individu. Biar mahal sedikit asalkan berpuas hati, daripada bayar murah tapi sakit hati. Tak gitu?

Apa pun jangan gusar kalau bercadang nak menghantar anak ke tadika swasta tapi tak cukup bajet. Perkara pertama yang boleh dicuba ialah berbincang dengan pengusaha tadika untuk bayar secara ansuran. Rasanya takda masalah, kalau tadika tersebut benar-benar berniat nak mendidik dan mampu, mereka boleh bertolak ansur.

Yang penting, yuran bulanan perlu bayar on time. Yang lain tu mungkin boleh dipecahkan, dahulukan pembayaran yang penting, contohnya buku untuk penggal pertama. Yuran lain macam konsert dan gambar ‘graduasi’ tu bolehlah diminta tangguh atas budi bicara…

 

Comments
  1. nurul says:

    salam..maaf nak tanya..puan hantar anak di tadika mana ya?
    menarik kalau ada praktikal…saya juga di penang tapi agak sukar mencari tadika islam di sebelah pulau…x jumpa pun setakat ni

  2. syalinamd says:

    Wa’alaikumsalam… Puan di kwsn mana ya? Insya-Allah saya cuba bantu.

  3. nurul says:

    saya di Greenlane…skrg saya hantar anak di RECSAM

  4. piracetam says:

    Patutnya kalau rasa RM20.00 tu tinggi melangit, eloklah rajin-rajinkan diri menghadiri setiap mesyurat anjuran PIBG sekolah anaknya tu utk minta pengurangan yuran tahunan.

    • syalinamd says:

      Rasanya kalau mampu, bayar shj lah RM20 tu kan. Bukan mahal sgt. Kereta besar boleh, Astro boleh, handphone canggih boleh :) Biar yg betul2 tak mampu shj mendapat pelepasan atau pengurangan yuran… Pandangan saya shj..

  5. syalinamd says:

    Puan, kalau hantar di RECSAM maka insya-Allah tak jauh dari Tmn Pekaka. Boleh hubungi Islah Educare 04-6563581/6563187. Ada sebuah tadika lagi, Little Muslims di taman yang sama. Nnt saya berikan nombornya.

  6. Assalamualaikum semua..
    Saya seorang pengusaha tadika yang baru membuka tadika berbentuk Islamik di no 20, Solok Bukit Jambul 4, 11900 Penang. Boleh datang ke sini untuk view tempat nie.. Kami masih baru dalam bidang nie, tapi kami menekankan konsep Islamik secara teori dan prkatikal. Boleh hubungi Siti 019-49532658 untuk maklumat lanjut. Syukran.

  7. nURUL nISAH aBDULLAH says:

    Boleh dapatkan nombor telefon tadika di recsam tu?

  8. linda says:

    Assalamualaikum semua..

    Anda juga boleh memilih Tadika Al Azhar Bestari, sebuah tadika yang membawa konsep “one stop islamic centre” yang memberi ibubapa peluang untuk memilih jenis persekolahan anak-anak mereka dari peringkat penjagaan berpendidikan bermula dari umur 3 tahun, tadika dan peringkat Sek. Rendah. Boleh hubungi 016-4221780 untuk maklumat lanjut @ layari http://www.tadika-alazhar.com.my. Syukran.

    15 Sebab Mengapa Kami Menjadi Pilihan Ramai!

    1.Tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

    2. ILTIZAM kami, anak anda PASTI BOLEH MEMBACA SEBELUM MASUK DARJAH 1, InsyaAllah.

    3. Satu-satunya tadika yg berkonsepkan PRINSIP 8M (BerMain, Mewarna, Membaca, Menulis, Mengeja / Mengarang, Mengira dan Moral (Akhlak Rasulullah).

    4. Mengaplikasikan Konsep yang berteraskan EQ (Perkembangan Emosi) dan IQ (Perkembangan Intelektual).

    5. Murid-murid di LATIH dengan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian agar sentiasa mendapat barakah dari Allah s.w.t dalam menuntut ilmu.

    6. BONUS TAMBAHAN! Pengajian Al-quran kaedah Qiraati dimulakan terlebih dahulu pada awal sesi pengajian sebelum meneruskan pengajian akademik.

    7. BONUS BONANZA! Pakej pengajian termasuk hafazan surah, doa-doa perbuatan seharian.

    8. Latihan teori dan amali solat dan amat menekankan pendidikan Akhlak Rasulullah.

    9. Menekankan perkembangan kanak-kanak Menyeluruh & seimbang secara INDIVIDU.

    10. Saiz kumpuan yang kecil bagi memastikan pembelajaran yang berkesan.

    11. Kelas yang selesa lagi ceria.

    12. Program berkualiti dengan yuran bulanan yang SANGAT berpatutan.

    13. Tenaga pengajar yang berkelayakan, terlatih dan dedikasi.

    14. SEBUAH Tadika yang TERPILIH dari seluruh kawasan Pulau Pinang oleh USM, Pulau Pinang (Unit Penyelidikan Pendidikan Asas) bagi menjalani kajian pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan KONSEP MULTIMEDIA melalui laman Web E-Pedagogi Merentas Kurikulum bagi Kanak-Kanak dan Guru Prasekolah.

    15. Diuruskan oleh kumpulan tenaga kerja yang professional dan berpengalaman dalam bidang pendidikan semenjak tahun 1992.

    DI MANAKAH TADIKA AL AZHAR BESTARI ?

    No. 378 (Unit 1), Mukim 9,Jln Kampung Masjid Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

    No.2 Jalan Kenyalang 1, Sri Emas Teracce, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

    No. 80-A, Pekan Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

  9. Daing sahilah says:

    Salam..saya tinggal di farlim, tadika islam mna yg berdekatan. Sebab kebnyakkn di kawasan ni tadika non muslim banyak. Terima kasih.

  10. syalinamd says:

    Salam… Saya kenal Puan Linda dari Tadika Al-Azhar yang menulis tentang tadikanya di atas. Puan Linda sangat komited dalam meningkatkan mutu tadika, juga rajin menimba ilmu dgn menghadiri kursus2 pendidikan awal kanak2. Boleh hubungi Puan Linda untuk perbincangan lanjut.

    • Tak Ikut Mana-Mana says:

      As salam..saya tinggal di tanjung Tokong Penang, masih belum dapat mencari tadika Islam untuk anak saya yang akan berumur 4 tahun pada 2014.

      • asri says:

        ada tadika islam dekat tanjung tokong, sebelah restoren tulang corner dekat tesco tanjung pinang, anak saya pun baru nak daftar tuk sesi 2014

  11. syalinamd says:

    Boleh juga hubungi Puan Nadhiroh bagi yang tinggal/bekerja berdekatan dengan Bukit Jambul. Tentang kawasan Farlim saya tak pasti. Saya akan bg info nnt jika ada k :)

  12. hidayah wahab says:

    askum. saya nak minta bantuan tentang tadika islam di area town. saya dh cuba mencari dan kebanyakkan nya semua kawasan atas dr gelugor. tentang islah educare.. mmg menarik minat saya tp tiada transport utk anak sy ke sana. minta tlg sgt jika ada sesiapa yg tahu tadika islam dia kwasan town. terima kasih…

  13. fina says:

    Assalamualaikum
    Kalau tak keberatan bolehPuan share, hantar anak di tadika mana?
    Saya duduk kawasan berdekatan sg nibong.
    Agak susah untuk mencari tadika yang menerapkan ciri2 islamic pada budak.2 di pulau ni.

  14. Nur yusrah says:

    Slm..da sapa2 yg tw tadika islam yg dkat dgn jelutong?tp nk cri pndftrn yg murah ckt.kbnykan yg dk da sume mahal..nk dftr je pn dkt 700..bulanan lak lbh kurang rm200..sy xkja..jd xbpa nk mmpu la dgn byrn mhl2 ni..da yg lbh murah ckt.

  15. Langkah ini juga penting. Cuba kita mendekatkan diri terhadap BI. Maksud saya, semua aspek-aspek yang berkaitan BI perlu diambilberat dan dijadikan proses pembelajaran. Contohnya, kita boleh melakukannya melalui pergaulan, hiburan, media, pembacaan dan lain. Kita boleh menonton rancangan TV atau televisyen dalam Bi dan cuba untuk memahami pertuturan yang dituturkan dalam rancangan tersebut. Perlu diingat jangan membaca sarikata bahasa Malaysia kerana ianya tidak ada kesan langsung terhadap BI kita. Kita juga boleh membaca buku-buku BI, novel-novel BI dan akhbar-akhbar Bi untuk kita mendekatkan diri kepada bahasa dan seterusnya memahami tentang BI. Seterusnya berbuallah dengan rakan kita dengan menggunakan BI. Lebih baik lagi jika rakan anda dapat memperbaiki nahu anda. Kaedah-kaedah ini membuatkan pembelajaran anda lebih menyeronokkan.

  16. fizah says:

    salam, sy bln 6 nanti akan pindah ke georgetown.. boleh puan suggest taska islam yang berdekatan dengan Jalan Sultan Ahmad Shah. sy dh cuba cari di website jkm tp area situ banyak taska yg dikelola oleh orang bukan islam. harap puan dapat membantu.. terima kasih

  17. nik says:

    salam, saya tinggal di area island plaza.umur berapa kemasukan ke tadika islam dekat tulang corner? berapa yuran kemasukan dan bulanan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s