Lelaki dan solat Jumaat ibarat isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing….
Dah lama saya tak ke medan selera Setiawangsa. Kebetulan saya masih di KL, saya pun singgah untuk membeli lauk (Jumaat 9/12). Saya tahu dan saya pernah melihat ramai lelaki yang tidak bersolat Jumaat. Jadi senario yang saya lihat semalam bukanlah perkara baru untuk di ‘terperanjatkan’.
Tetapi saya tetap mahu bersangka baik. Mereka ini jika bukan sebab bermusafir, mesti sedang uzur. Kan?
Advertisement




