DARIPADA NOVEL KE LAYAR PERAK

Posted: December 9, 2011 in GENERAL

Membawa novel ke layar perak semakin menjadi trend. Jika daripada novel ke drama televisyen sudah banyak sejak dari dahulu lagi. Contoh novel lama yang telah dijadikan drama ialah ‘Seorang Tua Di Kaki Gunung’ karya Allahyarham Azizi Abdullah.

Menerbitkan karya ke layar perak memang berisiko. Jika bernasib baik, jadilah seperti ‘Ombak Rindu’ yang berjaya mengutip lebih RM5 juta belum pun sampai seminggu tayangan. Jika tidak bernasib baik, menjadi seperti ‘Karipap Karipap Cinta’.

Sememangnya berisiko layar perak ini. Bukan filem-filem adaptasi sahaja, malah apa jenis filem pun. Jika untuk tayangan televisyen, bayarannya sudah terjamin. Orang tonton atau tidak, RTM, TV3, TV9, 8TV, NTV7 dan Astro akan tetap bayar. Walaupun untung tak besar, tetapi dijamin tak rugi.

Filem yang nak ditayangkan di pawagam pula berbeza. Fifty-fifty. Boleh jadi untung sedikit atau untung besar, atau boleh juga dinobat status bankruptcy. Bergantung. Maksudnya, kalau nak terbitkan filem ini, memang perlu tawakkal banyak-banyak.

Berbalik kepada novel yang diangkat ke layar perak. Ia boleh menguntungkan penulis novel berkenaan atau sebaliknya. Antara situasinya :

(a) Jika novel itu bukan best-seller pada awalnya, tetapi filemnya box office, ada kemungkinan besar novel tersebut akan bertukar menjadi novel best-seller kemudiannya kerana orang mula mencari. 

(b) Jika novel best-seller tetapi filemnya ‘hancur’, maka silap haribulan memberi impak negatif kepada novel itu. Bermaksud, apabila filemnya tidak berkualiti, penonton yang telah menonton atau pembaca yang belum pernah membeli/membaca novel asal akan beranggapan bahawa novel itu juga tidak bagus.

(c) Jika novel itu best-seller kemudian ditambah pula dengan filemnya yang box office, maka lebih banyak lagilah novelnya terjual, insya-Allah.

Banyak juga novel Indonesia yang telah difilemkan dan banyak yang berjaya menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu penerbit filem, penerbit buku dan penulis buku. Tetapi itulah, yang mengkagumkan saya, filem-filem Indonesia ini berjaya bukan kerana tempelan pelakon-pelakonnya, tetapi kerana filemnya benar-benar berkualiti.

Seperkara lagi mengenai novel Islami yang dibawa ke layar perak mahu pun televisyen. Sememangnya perlu dirujuk kepada alim ulama dahulu. Pada saya sebagai pembaca dan penonton, saya rasa amat tidak kena apabila watak-watak mula ‘dihidupkan’ di dalam filem/drama.

Cuba bayangkan begini. Di dalam novel yang baik, watak perempuan seksi tidak akan digambarkan cara perlakuan atau pakaiannya. Tetapi pembaca dapat mengetahui bahawa dia sedang membaca tentang perempuan seksi. Pun begitu apabila ia difilemkan, watak itu terpaksa dihidupkan secara visual. Maka pakaiannya perlu seksi, percakapan dan perlakuannya juga perlu begitu. Jika tidak, wataknya di dalam filem tidak akan ‘hidup’.

Sama jugalah dengan watak suami isteri yang mana di dalam novel ia boleh digambarkan dengan mudah. Watak suami isteri bertepuk bertampar, isteri mengucup dahi atau tangan suami. Tetapi apabila di bawa ke layar perak atau televisyen? Untuk merealisasikan apa yang ada di dalam novel, maka tertulislah di dalam skrip babak ‘suami isteri’ baring sekatil, ‘ayah’ mengucup dahi ‘anak’, ‘suami’ memeluk ‘isteri’ dan sebagainya. Ahh! Ini yang menyebabkan karya Islami tidak lagi Islami sebaik difilemkan.

Inilah realiti kehidupan. Another fact of life.

Hmmm bilalah agaknya filem ala ala Bukit Kepong atau Sarjan Hassan nak mendapat kutipan berjuta-juta? Dan oh, boleh tak jika saya nak minta film censorship board yang baru? *Wink*

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s