JAMBU : THE REAL “MEN IN PINK”

Posted: April 29, 2011 in ENTERTAINMENT SCENE

Baik. Kita lihat dahulu nama-nama besar daripada rancangan realiti TV yang telah menggegarkan industri seni tanah air dalam zaman ini. Di sini kita bercakap mengenai nama besar yang benar-benar ber’aura’ sehingga melayakkan mereka memenangi “Anugerah Bintang Paling Popular”. Yep, anugerah ini boleh menjadi pengukur populariti kerana yang mengundi mereka adalah peminat!

Mawi. Nabil. Dua nama besar yang saya maksudkan. Benar, ramai bintang realiti Astro telah menempa kejayaan besar tetapi aura mereka tidak mungkin menyamai Mawi & Nabil suatu ketika dahulu.

Okay. Now, here’s the thing : Saya suka melihat persembahan Mawi dan Nabil tetapi tidak pernah mengundi mereka. Saya juga kagum melihat persembahan Nabil ketika dalam Raja Lawak dahulu tetapi tidak pernah memberi sokongan berhabis-habisan. Bagaimana besar dan hebat pun persembahan mereka, saya hanya menjadi penonton setia sahaja.

Tetapi… there’s something about JAMBU. Saya mengundi buat pertama kalinya (tidak cukup duit untuk mengundi berhabis-habisan – suri rumah). Saya senang meninggalkan mesej sokongan di page Facebook mereka dan saya menukar gambar profile Facebook saya! Minggu-minggu terakhir Maharaja Lawak amat penting. Saya perlu memberi sokongan walaupun bukan dengan wang.

Mengapa JAMBU?

Only two words to describe them : ‘GILA‘-’GILA‘. Ada yang berkata lawak JAMBU tidak bermesej. I mean, KAYMON, jika saya mahukan ‘mesej’ atau saya hendak belajar atau saya hendak berfikir, saya akan membaca suratkhabar, saya akan menonton berita dan debat perdana, atau saya akan membaca buku-buku PTS!

Tetapi saya menonton Maharaja Lawak atas dua sebab sahaja – To laugh and to have FUN! Saya hendak berehat. Saya hendak bersantai. Dan apabila saya menonton persembahan JAMBU, saya ketawa (and I laugh real hard)!

Saya tidak bias kerana saya menilai setiap episod Maharaja Lawak mengikut persembahan peserta pada sesuatu minggu itu. Sebagai contoh bagi tema ‘muzikal komedi’ pada minggu ketiga, Jozan adalah yang terbaik (pada saya). 

Pun begitu seperti yang saya katakan, JAMBU mempunyai perwatakan dan persembahan yang ‘gila-gila’. Mereka begitu ‘selamba’. Perwatakan dan persembahan mereka berbeza pada setiap minggu. Mereka berani. Mereka memakai pakaian berwarna pink pada setiap minggu. Mereka tidak malu. Dan mereka sanggup mengambil risiko (I mean, KAYMON, the kissing scene?).

Lawak yang mereka tonjolkan begitu berbeza. Apabila di atas pentas, mereka tidak ‘bersembang’ dan mereka tidak hanya berlakon, tetapi mereka PERFORM. That’s what good performers do. They PERFORM. Lagipun, lawak mereka banyak juga mesejnya. Ia bergantung kepada interpretasi kita yang menonton.

Jika tiada Maharaja Lawak, mungkin saya tidak melihat Yus dan Tauke sebagaimana saya melihat mereka pada hari ini. Bayangkan betapa ruginya dunia hiburan jika bakat dua individu ini terus dilepas pandang!

Jadi, thanks to Maharaja Lawak. And thanks to You Tube. Walaupun mungkin JAMBU tidak dinobatkan sebagai Maharaja Lawak atau mungkin tidak langsung ke FINAL (kuasa undian SMS hmm), ini adalah permulaan baru bagi mereka. Mereka bakal pergi jauh, dan jauh, dan jauh…..

[Selingan] PERFORMER TERBAIK :

1) Robbie Williams
2) Jambu
3) Tunggu diisi
4) Tunggu diisi
5) Tunggu diisi
6) Tunggu diisi

Here’s my two cents :

Nabil – The best stand-up comedian.

Jozan – The best TV host (dengan syarat digabung berdua).

Sepah – The best TV-’Senario’-style comedian.

Jambu – The best performer!

So, y’see? Masing-masing ada bahagian di dalam industri ini. Bakat dan kebolehan mereka adalah berbeza. Dalam kata lain, masing-masing boleh mencari makan…

Go MEN IN PINK go!

Mudah-mudahan JAMBU dapat terus memberikan persembahan yang terbaik dan menjaga sensitiviti agama dan bangsa….

* Hmm semakin kayalah Astro!

Yus & Tauke pernah digabungkan bersama ketika bertanding dalam pertandingan Raja Lawak musim pertama suatu ketika dahulu. Ini sketsanya. Terbaik! ENJOY!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(a) Gambar 1 : Tauke.

(b) Gambar 2 : Yus.

(c) Gambar 3 : We have ‘Men In Tights’ and ‘Men In Black’. Now here comes MEN IN PINK!

(d) Gambar 4 : A tribute.

* Kredit gambar : Facebook Tauke, Yus & Maharaja Lawak 2011 : Team Jambu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s