RESEPI RAMADHAN : Bihun Goreng

Posted: September 6, 2009 in RECIPES

Resepi kali ini lebih kepada nak memberi tip bagi bahan tambahan yang sedap jika dijadikan bahan menggoreng bihun.

Untuk memasak bihun goreng, tok saya suka mencampurkan sedikit kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk serta bawang merah goreng.

Di bawah ini ialah cara biasa saya menggoreng bihun. Bahan-bahannya ringkas. Pun begitu sukatan tepat tak dapat saya sediakan kerana saya agak-agak sahaja selalunya. Turutan cara memasaknya juga ikut keadaan.

Bahan-Bahan :

Bihun (dicelur sekejap atau direndam dalam air panas)
Cili mesin
Bawang merah & putih (ditumbuk)
Sedikit daging (dipotong kecil-kecil)
Sedikit udang
Sedikit sayur sawi
Sedikit sos cili
Sedikit kicap manis
Sedikit bawang merah (dihiris & dibuat bawang goreng)
Sedikit kacang tanah (digoreng & ditumbuk lumat)
Garam & gula secukup rasa

Cara-Cara :

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih yang ditumbuk. Goreng sekejap kemudian masukkan cili mesin ikut selera & kepedasan.

Bila dah pecah minyak, masukkan daging & udang. Masukkan sedikit air. Air tak perlu banyak memandangkan daging akan mudah empuk sebab dipotong kecil-kecil. Masukkan sos cili dan kicap, garam dan gula secukup rasa.

Biarkan seketika kemudian masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi. Kacang jangan banyak sangat, nanti jadi lain pula. Selalunya saya letak 1 – 2 sudu besar bagi setengah paket bihun. Kemudian masukkan pula sayur sawi.

Jika bihun dicelur, elok tunggu air dah kering baru masukkan bihun. Jika bihun sekadar direndam, bolehlah masukkan bihun ketika airnya masih ada (air hampir kering) supaya bihun menjadi lembut di dalam kuali.

Rata & sebatikan semua bahan di dalam kuali. Akhir sekali sebelum tutup api, taburkan bawang merah yang siap digoreng & rata-ratakan lagi seketika. Kemudian, bolehlah ditutup apinya.

Siap. Jika mahu, bolehlah taburkan daun bawang, daun sup, tauhu goreng, cili hidup (merah + hijau) & telur dadar yang dihiris-hiris sebagai hiasan.

Optional : Ada orang suka masukkan udang kering atau ikan bilis yang ditumbuk. Sedap juga.

Selamat mencuba!

Comments
  1. syahirah says:

    admin .. kalo x cmpur kacang tanah tu x pe ke ?

  2. syalinamd says:

    Takpa :) Optional…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s