RESEPI RAMADHAN : Sambal Ikan Tongkol

Posted: September 12, 2008 in RECIPES

Jika di Pahang dan Pantai Timur ini ikan tongkol dipanggil ikan aye. Jika di Utara kerap disebut ikan tongkoi atau ikan kayu. Paling sedap dimasak singgang atau dibuat sambal. Semalam saya bersemangat benar nak memasak sambal ikan tongkol sebab kebetulan nak masak sayur lemak untuk berbuka. Cuma masalahnya, dari masa sebelum kahwin hinggalah sekarang apa jenis sambal pun yang saya masak jarang nak menjadi. At last, terpaksa juga merujuk laman web Hanieliza. Berikut adalah resepinya:

Bahan A
1 ekor ikan tongkol
4 keping asam keping
1 s/b asam jawa
2 cawan air
1 labu bawang besar [mayang kasar..optional]
minyak
garam
gula sedikit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
sedikit belacan [optional]

Cara
1. Ikan tongkol dipotong 4 dan basuh bersih. Toskan
2. Masukkan ikan tongkol, asam keping, air dan garam dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. Biarkan semalaman.
3. Angkat ikan tongkol rebus dan goreng dalam minyak.
4. Tinggalkan minyak anggaran menumis sambal dalam kuali.
5. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi. Kacau rata.
6. Masukkan gula dan air asam jawa [ramas asam jawa dengan air rebusan ikan dan tapiskan].
7. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.
8. Masukkan bawang besar dan perlahankan api.
9. Masak dengan api perlahan sehingga naik minyak.
10. Hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih dan sayur lemak putih.

Alhamdulillah menjadi jugalah… Yang paling best ialah tips merebus ikan sebelum menggoreng tu. Sebab sebelum ini, saya terus menggoreng ikan yang digaul kunyit & garam. Tapi semalam rasa ikan jauh lebih sedap sebab isinya tak keras (oleh kerana isinya dah masak selepas direbus, hanya perlu menggoreng sekejap sahaja). Pun begitu rebusan ikan tu taklah saya simpan semalaman tapi sejam sahaja… Cubalah, very nice!

About these ads
Comments
  1. Assalamualaikum.. saya minta maaf kerana copy recipe ni..sebelum saya print dan cuba…Ingat nak masak untuk dimakan dengan nasi lemak utk dibawa kepejabat …sehari sebelum berpuasa… makan bersama kawan kawan…minta izin …Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s