RESEPI RAMADHAN : Makaroni Sup Tomato

Posted: September 6, 2008 in RECIPES
BAHAN-BAHAN :
 
1. Tomato soup dalam tin. Tomato SOUP tau, bukan tomato puree, bukan tomato paste. Paling sedap ialah Heinz, tetapi mahal sedikit & susah nak jumpa. Jadi, boleh guna tomato soup Campbell atau Kimball. Saya selalu pilih Campbell as 2nd choice, kemudian baru Kimball. Selalu saya beli siap-siap dua tin. Guna satu dulu, kalau tak cukup baru guna dua. Kalau masak periuk besar kenalah beli extra tiga empat tin.
 
2. Cili kisar untuk rasa pedas. Kalau tak mahu pedas, letak sedikit sahaja dalam beberapa sudu besar. Kalau nak pedas betul, masukkan satu atau dua senduk (ikut selera masing-masing). Pun begitu jangan banyak sangat cilinya sebab kita nak kekalkan rasa masam sup tomato.
 
3. Cendawan butang/mushroom dalam tin. Buang airnya dan potong (saiz sederhana).
 
4. Ayam setengah ekor atau seekor, bergantung kepada berapa banyak yang nak dimasak atau berapa ramai yang nak makan.
 
5. Sayur campur frozen (campuran kacang pis, carrot dgn jagung).
 
6. Daun bawang + daun sup (hiris halus) & bawang goreng (instant pun sedap tetapi pastikan bukan dari spesis yang dicampur straw & plastik).
 
7. Bawang merah & bawang putih sedikit untuk menumis (ditumbuk).
 
8. Sos tomato & sos cili (jika perlu atau sup kurang pekat).
 
9. Makaroni (Direbus berasingan).

 

10. Garam.
 
 
CARA-CARA :
 
1. Rebus ayam. Carik-carikkan isi ayam. Air rebusan jangan dibuang sebab akan digunakan dalam masakan. Untuk kuah, jangan gunakan air biasa nanti tak sedap. Sebaliknya, gunakan air rebusan ayam tadi.
 
2. Di dalam periuk yg lain, tumis bawang merah & bawang putih. Bila dah garing, masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga naik bau/pecah minyak.
 
3. Masukkan tomato soup. Kacau lagi selama beberapa minit.
 
4. Kemudian, masukkan air rebusan ayam (ikut sukatan yang diperlukan).
 
5. Masukkan garam secukup rasa. Sebolehnya elak dari menggunakan sebarang perencah masakan ya sebab kurang elok & hilang keasliannya.
 
6. Biarkan seketika. Jika sup/rebusan kelihatan cair atau tidak masam (dalam kata lain ‘tak kick’), bolehlah ditambah sos tomato dan sos cili sedikit (lebihkan sos tomato, atau yang paling baik cuma masukkan sos tomato sahaja). Teruskan merasa kuahnya, kalau okay tak perlu ditambah apa-apa lagi.
 
7. Biarkan menggelegak untuk seketika.
 
8. Masukkan cendawan butang/mushroom & sayur campur. Kemudian, masukkan ayam yang telah disiat tadi.
 
9. Rebus lagi untuk sketika. Kalau semuanya okay, bolehlah dipadamkan apinya.
 
* Makaroni direbus asing. Seeloknya jangan dicampur makaroni yang telah direbus itu ke dalam sup terus. Dan jangan makan makaroni seperti makan laksa (iaitu letak makaroni ke dalam mangkuk kemudian tuang kuah di atas). Sebaliknya, bila tiba waktu makan barulah dipanaskan kuah & makaroni di dalam periuk yang berasingan (sedikit demi sedikit sekadar yang hendak dimakan). Kemudian hidangkan panas-panas. Taburkan bawang goreng, daun bawang & daun sup. SELAMAT MENCUBA!
Resepi ini mak dapat daripada jiran di KL. Saya sempat belajar sebelum berkahwin dulu & this is one of our favourites!
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s